Universiti Teknologi Malaysia melalui Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE UTM) sedang menjalankan kajian berkaitan kaedah Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) serta penilaian bagi Program Pengajian Separuh Masa, selaras dengan keperluan dan kehendak semasa pelajar serta pihak berkepentingan.
Soal selidik ini mengambil masa kira-kira 5–10 minit untuk dilengkapkan.
Segala maklum balas yang diberikan adalah sulit dan akan digunakan bagi tujuan kajian serta penyediaan kertas kerja penambahbaikan untuk tindakan selanjutnya.
Pandangan dan maklum balas anda amat bermakna dalam usaha meningkatkan kualiti Program Pengajian Separuh Masa UTM. Suara anda adalah pemacu kepada penambahbaikan berterusan.
Kerjasama dan sokongan anda amatlah dihargai. Terima kasih.
Tempoh Kaji Selidik : 28 Januari – 6 Februari 2026