Salam sejahtera.
1. Sekiranya terdapat ralat/kesilapan pada Slip MUET/D, tuan/puan boleh membuat permohonan untuk pembetulan/pindaan maklumat.
a) Dari 9 Mei 2023 sehingga 22 Mei 2023, sebarang permohonan pembetulan maklumat tidak dikenakan sebarang bayaran. Permohonan adalah secara mengisi borang MUET/C9 dan sila hantar secara pos borang berserta dokumen sokongan ke MPM.
b) Permohonan pembetulan maklumat dari 23 Mei 2023 akan dikenakan caj sebanyak RM25.00. Permohonan adalah secara mengisi borang MUET/C9 dan sila hantar secara pos borang berserta dokumen sokongan dan bayaran wang pos/bank deraf RM25.00 ke MPM. Permohonan yang diterima dengan tidak disertakan bayaran, tidak akan dibuat pembetulan.
2. Sila pos ke alamat : Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor (u.p.: Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET)
3. Borang MUET/C9 boleh dimuat turun di pautan https://www.mpm.edu.my/en/sumber/muat-turun/muat-turun-borang-muet.
4. Manakala permohonan pembetulan maklumat selepas keputusan MUET Sesi 2 2023 dikeluarkan/diumumkan pula akan dikenakan caj bayaran sebanyak RM40.00.
Terima kasih.