Sukacita dimaklumkan bahawa Slip Daftar MUET (MUET/D) Sesi 2 2023 boleh disemak mulai 9 Mei 2023 (Selasa), mulai 10:00 pagi.Semakan melalui portal rasmi MPM www.mpm.edu.my atau pautan terus http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/index.php.

Untuk makluman, Slip MUET/D ini mengandungi maklumat berkaitan pusat ujian yang akan dihadiri oleh tuan/puan dan tarikh serta waktu ujian kertas 800/2 (Speaking) dan kertas 800/1, 800/3, dan 800/4 (Listening, Reading dan Writing). Slip ini perlu dicetak dan dibawa bersama semasa hadir menduduki ujian.