Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester I, Sesi 2026/2027 Program Diploma Pengajian Separuh Masa UTM akan berjalan mulai 19 Oktober 2026 hingga 1 November 2026. Berikut adalah maklumat dewan peperiksaan pusat Johor Bahru.

NOTA PENTING :
1. Sekiranya terdapat pertindihan jadual atau sebarang pertanyaan, calon peperiksaan hendaklah melalui email
spa@utmspace.edu.my atau spd@utmspace.edu.my.
2. Diingatkan mahasiswa perlu memastikan slip peperiksaan, kad pengenalan, kad mahasiswa dan peralatan peperiksaan dibawa bersama sebelum memasuki dewan peperiksaan.
3. Pelajar perlu mematuhi Arahan Peperiksaan, Arahan Larangan Merokok , dan Arahan Parkir yang ditetapkan oleh Universiti.