Makluman kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mendaftar kursus Pra Projek Sarjana Muda (SEAA 4022/ SKAB 4022/ SKAA 4022) dan Projek Sarjana Muda (SEAA 4034/ SKAB 4034/ SKAA 4034) bagi Semester I, Sesi 2026/2027, satu taklimat akan dilaksanakan oleh Penyelaras Projek Sarjana Muda (Dr Nadirah binti Darus). Justeru itu, mohon pelajar-pelajar yang terlibat DIWAJIBKAN hadir ke taklimat tersebut yang akan dilaksanakan secara atas talian (ONLINE) di platform Webex. Berikut adalah butiran taklimat:
1) PRA PROJEK SARJANA MUDA (SEAA 4022/SKAB 4022/ SKAA 4022)
Tarikh : 14 Oktober 2026 (Rabu)
Masa : 8.00pm – 9.00pm
Link Webex : https://utm.webex.com/meet/nadirahdarus
2) PROJEK SARJANA MUDA (SEAA 4034/ SKAB 4034/ SKAA 4034)
Tarikh : 15 Oktober 2026 (Khamis)
Masa : 8.00pm – 9.00pm
Link Webex : https://utm.webex.com/meet/nadirahdarus
Disertakan juga pautan website SPACE-FKA (https://www.civil.my/utmspace/fyp/) yang akan digunakan untuk dokumen berkaitan Pra Projek Sarjana Muda dan Projek Sarjana Muda .