Makluman kepada pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang berada dalam semester 7, sesi 2022/2023 iaitu pusat pembelajaran Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu dan Alor Setar atau mana-mana pelajar senior yang hendak membuat Pengecualian Latihan Industri, pelajar diminta untuk menghantar salinan softcopy (link yang disertakan) dan hardcopy Laporan Pengecualian Latihan Industri (di alamat yang disertakan) sebelum atau selewat-lewatnya 29 Februari 2024 (Khamis). Perlu diingatkan tarikh pengeposan laporan tidak dikira sebagai bukti pelajar telah mematuhi tarikh akhir penghantaran laporan. Sila rancang dengan baik berkenaan masa dan tarikh untuk pengeposan.

Tarikh Temuduga Pengecualian Latihan Industri dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2024. Turut disertakan slaid dan rakaman Taklimat Pengecualian Latihan serta Panduan Laporan Pengecualian Latihan Industri untuk rujukan pelajar.

Link Google Form untuk penghantaran softcopy:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSelrWFvTQ_TjAyaG2sF0kabH3R0s0uio-CR3u3CBCcroBoZgQ/viewform?usp=pp_url

Alamat Pejabat SPACE FKA:
Blok M46, Jabatan Program Luar,
Fakulti Kejuruteraan Awam,
Universiti Teknologi Awam,
81310, Skudai, Johor Bahru.
(u/p: Cik Nor Farhani Binti Saidina)