SESI PEMBENTANGAN PROJEK SARJANA MUDA (PSM) SEMESTER 1, SESI 2023/2024 – FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dimaklumkan kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA),

Pembentangan Projek Sarjana Muda (SKAA 4034/SKAB4034) bagi semester I sesi 2023/2024 akan diadakan secara fizikal di UTM Johor Bahru .  Butiran pembentangan Projek Sarjana Muda adalah seperti berikut :

Tarikh      : 28 Januari 2024 (Ahad)Masa       : 8.00 am – 5.00 pmTempat    : M50, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia, JohorPakaian   : Rasmi dan Kemas

Turut dilampirkan  Jadual Pembentangan PSM, Surat Pembentangan PSM dan  garis panduan yang telah disediakan bagi kelancaran sesi pembentangan PSM.

Nota : Sila hadirkan diri 15 minit awal sebelum waktu pembentangan dan setiap pelajar harus menyediakan 3 salinan laporan teknikal untuk  diserahkan  sebagai rujukan penal penilai semasa pembentangan berlangsung

PEMBENTANGAN PROJEK SARJANA MUDA (PSM) (SKAA 4034/SKAB4034)PRESENTATION INSTRUCTION TO STUDENTPRESENTATION SUBMISSION TO STUDENTJADUAL PEMBENTANGAN (UPDATE)

       

Read More

BORANG PENCALONAN PENYELIA PSM CADANGAN  – SEKOLAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DAN PSIKOLOGI (SHARPS)

Perhatian kepada semua pelajar-pelaajr Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS) yang akan mendaftar Projek Sarjana Muda Cadangan (SHAR3042 atau SHAY3092) pusat Johor Bahru dan Kuala Lumpur pada semester akan datang (Semester II, Sesi 2023/2024), sila pastikan mahasiswa telah memenuhi syarat ini : 1. Telah memenuhi / mengambil sekurang-kurangnya 90 jam kredit (termasuk pengecualian kredit yang telah diluluskan).2. Telah LULUS kursus Pengenalan Kaedah Penyelidikan (SHAR3033).

Sekiranya telah memenuhi kedua-dua syarat tersebut, pelajar-pelajar dikehendaki untuk mengisi BORANG PENCALONAN PENYELIA. Saudara dibenarkan untuk mengisi SEKALI SAHAJA borang pencalonan dan tarikh akhir untuk mengisinya adalah pada 12 Februari 2024. Kegagalan pelajar untuk mengikuti prosedur ini akan mengakibatkan pendaftaran kursus tersebut (PSM Cadangan) tidak dipertimbangkan dan DITOLAK oleh Penyelaras.

Read More

SENARAI PERMOHONAN PELAJAR TUKAR PUSAT SEMESTER 1 SESI 2023/2024

Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Semester I, Sesi 2023/2024 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa akan bermula mulai 28 Januari 2024 hingga 20 Februari 2024

Berikut disertakan senarai pelajar tukar pusat untuk rujukan selanjutnya :-

SENARAI PERMOHONAN TUKAR PUSAT PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2023/2024

Sebarang pertanyaan, calon peperiksaan hendaklah SEGERA memaklumkan ke UTMSPACE di talian 07-5318017 (Pusat Johor Bahru) dan 03-26154691 (Pusat Kuala Lumpur) atau melalui emel spd@utmspace.edu.my.

Sekian, harap maklum.

Read More

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER I, SESI 2023/2024

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester I, Sesi 2023/2024 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ke-16 bagi kursus-kursus berstatus Kuliah Sahaja (K)/ setara untuk rujukan pelajar.

klik disini –> JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual : 18/1/2024

Read More

SLIP PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA SEMESTER I SESI 2023/2024

Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester I, Sesi 2023/2024 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM akan dijalankan mulai 28 Januari 2024 hingga 20 Februari 2024.

UNTUK PERHATIAN PELAJAR, SLIP PEPERIKSAAN BOLEH DICETAK BERMULA PADA 17 JANUARI 2024

Nota :-

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, calon peperiksaan hendaklah SEGERA maklumkan ke UTMSPACE di talian 07-5318017 (Pusat Johor Bahru) dan 03-26154691 (Pusat Kuala Lumpur) atau melalui email ke spd@utmspace.edu.my.

Sekian, harap maklum.

Read More