TAKLIMAT PENGECUALIAN KURSUS LATIHAN INDUSTRI SEMESTER II SESI 2022/2023 – FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Makluman kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal yang bercadang untuk memohon pengecualian kredit bagi kursus SEMM/SKMM 3915 – Latihan Industri pada Semester II Sesi 2022/2023, satu taklimat berkaitan Pengecualian Latihan Industri akan dijalankan oleh Penyelaras Latihan Industri (Dr. Norikhwan bin Hamzah) pada ketetapan berikut : 

Tarikh : 13 Mac 2023 (Isnin)   Masa : 09:30 malam sehingga selesaiTempat : Pautan webex ( https://utm.webex.com/utm/j.php?MTID=mf4cff9d0016e02f6c49c0da9a2c28f8d )

Read More

PERMOHONAN PENGECUALIAN KREDIT KURSUS SEMM/SKMM 3915 LATIHAN INDUSTRI SEMESTER 2 SESI 2022/2023 – FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Makluman kepada pelajar yang ingin/bercadang untuk memohon pengecualian kredit kursus SEMM/SKMM 3915 Latihan Industri pada Semester II Sesi 2022/2023 untuk mengisi maklumat di :

https://forms.gle/YmbTkqs9PMixWgbE8

Syarat-syarat permohonan Pengecualian Latihan Industri :

1. Telah mengambil semua kursus pra-syarat dan mendapat minimum gred D– i) SEMM/SKMM2123 – Mekanik Pepejal IIii) SEMM/SKMM2223 – Mekanik Mesin & Getaraniii) SEMM/SKMM2323 – Mekanik Bendalir IIiv) SEMM/SKMM/2423 – Termodinamik Gunaan

2. Mempunyai pengalaman pekerjaan yang berkaitan dengan bidang pengajian sekurang-kurangnya SATU (1) tahun

3. Telah mendapat sekurang-kurangnya sebanyak 80 kredit kira (Kredit dapat + Kredit Kecuali)

Garis panduan dan maklumat berkaitan pengecualian kredit Latihan Industri boleh didapati di https://studentppsm.utmspace.edu.my/?page_id=241 (Borang-borang SKM).

Satu taklimat berkaitan pengecualian Latihan Industri akan diadakan kelak.

**Pelajar tidak perlu mendaftar kursus Latihan Industri pada Semester 2 Sesi 2022/2023 di SMP.

Read More

SURAT PEMBENTANGAN SEMINAR PSM 1 & 2 FKE SEMESTER 1, SESI 2022/2023

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejruteraan Elektrik yang mengambil kursus PSM I- SEE/SKEE/SKEL4812 dan PSM II- SEE/SKEE/SKEL4824, adalah dimaklumkan bahawa peperiksaan bagi kursus akan diadakan pada tarikh berikut:

PSM I- SEE/SKEE/SKEL4812: 31 Januari 2023 (Selasa)

PSM II- SEE/SKEE/SKEL4824: 30 Januari 2023 (Isnin)

Kehadiran pelajar dalam kedua-dua peperiksaan tersebut adalah secara FIZIKAL DAN BERSEMUKA

Disertakan lampiran surat arahan yang seperti dinyatakan untuk makluman pelajar.

PSM I- SEE/SKEE/SKEL4812

PSM II- SEE/SKEE/SKEL4824

Read More