PENGESAHAN  KEHADIRAN KE MAJLIS KONVOKESYEN KE 68, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

__________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tahniah! kepada graduan Program Pengajian Separuh Masa UTM yang telah diluluskan Senat Universiti antara bulan Oktober 2023 sehingga September 2024.  Pengesahan kehadiran ke Majlis Konvokesyen boleh dibuat (bagi graduan tiada tunggakan) bermula 8 – 22 Oktober 2024 di sistem https://iconvo.utm.my/  dan surat jemputan ke Majlis Konvokesyen boleh dimuat naik di sistem iconvo tersebut.  Adalah dimaklumkan bahawa Sijil dan Transkrip graduan hanya akan diserahkan kepada graduan semasa hari Majlis Konvokesyen tersebut sahaja.  Maklumat lanjut berkaitan Majlis Konvokesyen tersebut boleh layari https://convocation.utm.my/

Makluman kepada graduan Semester II, Sesi 2023/2024, 

Diploma Senat 26 April 2024 dan Sarjana Muda Senat 25 September 2024 yang tiada rekod SKPG mohon untuk log masuk semula sistem i Convo selepas 15 Oktober 2024.

Sekian Terima Kasih

Read More

PENGHANTARAN LAPORAN PENGECUALIAN LATIHAN INDUSTRI (SEMM/SKMM3915) SEMESTER I SESI 2024/2025 – FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Makluman kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal yang ingin memohon pengecualian Latihan Industri SEMM/SKMM3915 Semester I Sesi 2024/2025 (setelah memenuhi syarat-syarat) mohon pelajar untuk menghantar Laporan Latihan Industri selewat-lewatnya sebelum atau pada 24 November 2024 (Ahad) / MINGGU 8 KULIAH.

Penghantaran Laporan pengecualian Latihan Industri ke Pejabat Akademik Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM Skudai atau secara pos ke alamat berikut.

Aras 4, Pejabat Akademik, Blok E07Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia,81310, Skudai, Johor.U/P : PUAN HIDAYAH (SPACE)

Mohon emel ‘tracking number‘ selepas pengeposan dibuat. Garis Panduan Laporan Pengecualian Latihan Industri dan borang-borang berkaitan boleh dirujuk:https://drive.google.com/drive/folders/1mMLupxs6q4IFgvhcRVNCqD_0K_NuQDc2?usp=share_link . 

Sebarang permasalahan atau pertanyaan boleh berhubung dengan Puan Hidayah melalui emel: n_hidayah@utmspace.edu.my

Read More

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER I, SESI 2024/2025

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester I, Sesi 2024/2025 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru akan bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu pertama bagi kursus-kursus berstatus Kuliah Sahaja (K)/ setara untuk rujukan pelajar.

klik disini –> JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :2/10/2024

Read More

SENARAI NAMA PROJEK SARJANA MUDA SEMESTER I 2024-2025- SHARPS

Perhatian kepada semua pelajar Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS) yang mengambil kursus Projek Sarjana Muda Cadangan (SHAR3042 / SHAY3092) dan Projek Sarjana Muda Akhir (SHAR4014 / SHAY4044) pada Semester I Sesi 2024/2025, berikut adalah senarai nama penyelia PSM (cadangan) dan PSM (Akhir)

Tiada sebarang pertukaran penyelia akan dilayan dan kegagalan mematuhi senarai penyeliaan ini boleh mengakibatkan penahanan daripada membentangkan laporan serta menjejaskan markah keseluruhan. Pelajar boleh menghubungi penyelia masing masing melalui alamat email yang diberikan. Sebarang pertanyaan mengenai senarai penyeliaan ini boleh hubungi saya di alamat email hidayah@utmspace.edu.my

SENARAI NAMA PSM SEMESTER 1 2024-2025

Read More