MAKMAL KEJURUTERAAN SEMM3931/SKMM3931 & SEMM3941/SKMM3941 – SEM III, SESI 2024/2025- FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Adalah dimaklumkan kepada mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal yang mendaftar kursus Makmal Kejuruteraan  kod kursus SEMM3931/SKMM3931 & SEMM3941/SKMM3941 Semester III Sesi 2024/2025 makmal akan dijalankan secara FIZIKAL di Kampus UTM JOHOR BAHRU bermula 28 Julai 2025 sehingga 30 Julai 2025 disertakan senarai pelajar-pelajar dan jadual menjalani makmal . 

Sila patuhi etika pakaian semasa berada di Kampus UTM 

SENARAI PELAJAR SEMM3931SENARAI PELAJAR SEMM3941MODUL SEMM3941JADUAL MAKMAL SEMM3931JADUAL MAKMAL SEMM3941

Read More

TAKLIMAT PENGECUALIAN LATIHAN INDUSTRI SEMESTER II, SESI 2024/2025- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Makluman kepada pelajar-pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang berada di Semester 7 (Johor Bahru, Kuala Lumpur & Kota Kinabalu), Semester 8 (Kuala Lumpur & Ipoh)  atau mana-mana pelajar Semester 9 & 10 bagi  Semester I, sesi 2025/2026 yang bercadang membuat pengecualian Latihan Industri. Satu taklimat berkaitan Pengecualian Latihan Industri akan dijalankan oleh Penyelaras Latihan Industri (PM. Ir. Dr. Sitti Asmah Binti Hassan). Justeru itu, mohon pelajar-pelajar yang terlibat hadir ke taklimat tersebut yang akan dilaksanakan secara atas talian (ONLINE) di platform Webex.

Tarikh              : 25 Julai 2024 (Jumaat)Masa                : 9.00 mlm hingga selesaiLink Webex    : https://utm.webex.com/utm/j.php?MTID=m50881f1e1315d4e07ae40ef7e4b8d155

Read More

Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 7/2025 : PENGURUSAN ORGANISASI : PENDEDAHAN KEPADA GEN Z

Dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UTMSPACE akan mengadakan UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni seperti butiran berikut:Tajuk : Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 7/2025 : PENGURUSAN ORGANISASI : PENDEDAHAN KEPADA GEN ZTarikh : 22 Julai 2025 (Selasa)Masa : 3:00 petang – 4:00 petangPenceramah : En. Fazil bin Fauzi, Pengurus Pentadbiran dan Prasarana, YAPIEMSaluran : FB UTMSPACE Official (https://www.facebook.com/utmspaceofficial/)

________________________________________________________________

Read More

MAKLUMAN PERUBAHAN RUANG/BILIK PEPERIKSAAN AKHIR (IJAZAH SARJANA MUDA) SEMESTER 2, SESI 2024/2025-KUALA LUMPUR

Dimaklumankan terdapat perubahan Ruang/Bilik/Lokasi Peperiksaan akhir, Mohon semua pelajar yang terlibat mengambil maklum perkara ini. Kerjasama pelajar mewar-war kan perkara ini kepada rakan yang terlibat amatlah kami hargai. Sebarang pertanyaan sila hubungi : 0197581100 (Puan Dianna)

Read More

SURAT PEPERIKSAAN MAKMAL SEMESTER 3, SESI 2024/2025

Untuk makluman pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik yang terlibat dalam peperiksaan Makmal pada Semester III, Sesi 2024/2025, berikut adalah lampiran-lampiran yang disediakan untuk makluman dan tindakan pelajar-pelajar sebagai cetakan bagi urusan permohonan cuti pelepasan untuk menghadiri peperiksaan-peperiksaan tersebut.

SURAT PEPERIKSAAN MAKMAL FKE SPACE TAHUN 3 UMUM SEK.01SURAT PEPERIKSAAN MAKMAL FKE SPACE TAHUN 3 KHUSUS SEK.01SURAT PEPERIKSAAN MAKMAL FKE SPACE TAHUN 4 CAPSTONE

Read More