SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER I, SESI 2025/2026

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester I, Sesi 2025/2026 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ke-7 bagi rujukan pelajar.

klik disini –> JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :13/11/2025

Read More

SIJIL KEPUJIAN DEKAN SEMESTER II 2024-2025 (PUSAT JOHOR BAHRU SAHAJA)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Adalah dimaklumkan kepada pelajar yang mendapat PNG/ GPA 3.50 dan ke atas bagi kemasukan 2015/2016 dan ke bawah dan PNG/ GPA 3.67 bagi kemasukan 2016/2017 dan ke atas, Sijil Kepujian Dekan Semester II 2024-2025 bagi pelajar yang layak telah di poskan secara berperingkat mulai 13 November 2025 (pelajar selain pusat Johor Bahru dan Kuala Lumpur).

Kepada pelajar pusat pembelajaran Johor Bahru, Sijil Kepujian Dekan Semester II 2024-2025 boleh mula diambil di kaunter Pusat Pengajian Separuh Masa SPACE UTM, Tingkat 4, Blok T05 mulai 17 November 2025 (Isnin).

Kaunter dibuka pada hari Isnin hingga Khamis (9.00 pagi – 4.00 petang). Waktu Rehat (1.00 tengah hari hingga 2.00 petang). Kaunter ditutup pada hari Jumaat (Bekerja Dari Rumah) dan Sabtu dan Ahad (Cuti Hujung Minggu).

Sekian, Terima Kasih.

Read More

PEMAKLUMAN PERATURAN BERPAKAIAN PELAJAR DI DALAM KAMPUS DAN PUSAT PEMBELAJARAN SPACE UTM

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Kepada semua pelajar-pelajar Pengajian Separuh Masa SPACE UTM, berikut adalah surat pemakluman berkenaan peraturan berpakaian pelajar di dalam kampus dan pusat pembelajaran SPACE UTM. Disertakan lampiran surat dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pelajar juga boleh merujuk kedua-dua surat ini melalui ruangan PEKELILING dalam laman web portal pelajar Pengajian Separuh Masa.

SURAT PEMAKLUMAN PEMATUHAN BERPAKAIAN PELAJAR (BM)NOTICE OF STUDENT DRESS CODE REGULATIONS (BI)

Read More

PENGHANTARAN LAPORAN PENGECUALIAN LATIHAN INDUSTRI (SEMM/SKMM3915) SEMESTER I SESI 2025/2026 – FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Makluman kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal yang ingin memohon pengecualian Latihan Industri SEMM/SKMM3915 Semester I Sesi 2025/2026 (setelah memenuhi syarat-syarat) mohon pelajar untuk menghantar kesemua dokumen seperti berikut :i) Laporan Formal Latihan Industri (LFLI)ii) Borang Senarai Semak LI-CEV08 (lengkap diisi)iii) Borang SP-FKM-BLI-01V2 (lengkap diisi)iv) Borang PPSM- SPA-PKK-006

Penghantaran Laporan pengecualian Latihan Industri sebelum atau pada 04 Januari 2026 (Ahad) ke Pejabat Akademik Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM Skudai atau secara pos ke alamat berikut:

Aras 4, Pejabat Akademik, Blok E07Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia,81310, Skudai, Johor.U/P : PUAN HIDAYAH MASHOD (SPACE)

Mohon emel tracking number selepas pengeposan dibuat. Garis Panduan Laporan Pengecualian Latihan Industri dan borang-borang berkaitan boleh dirujuk di https://drive.google.com/drive/folders/1mMLupxs6q4IFgvhcRVNCqD_0K_NuQDc2?usp=share_link. Sebarang permasalahan atau pertanyaan boleh berhubung dengan Puan Hidayah Mashod di talian n_hidayah@utmspace.edu.my

Read More