SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER II, SESI 2024/2025

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester III, Sesi 2024/2025 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru akan bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ke-6 bagi rujukan pelajar.

klik disini –> JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :4/9/2025

Read More

 PENGHANTARAN LAPORAN SEMINAR KEJURUTERAAN AWAM (SEAA 4021/ SKAB 4021 / SKAA 4021)-FKA

Untuk makluman kepada semua pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mendaftar dan menghadiri Seminar Kejuruteraan Awam (SEMKA) pada Semester III, sesi 2024/2025, tarikh akhir penghantaran laporan secara hardcopy sebelum atau selewat-lewatnya pada 24 September 2025 (Rabu).

Perlu diingatkan laporan Seminar Kejuruteraan Awam (SEMKA) perlu dibuat secara berkumpulan (satu kumpulan 4-5 orang pelajar sahaja). Pelajar-pelajar boleh mendapatkan slide setiap penceramah di sistem E-learning untuk rujukan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts. Dr. Mohd Zamri Bin Ramli (PAPL FKA) dan Cik Nor Farhani Binti Saidina.Alamat penghantaran laporan:Blok M46, Pejabat Program Luar,Fakulti Kejuruteraan Awam,Universiti Teknologi Awam,81310, Skudai, Johor Bahru.(u/p: Cik Nor Farhani Binti Saidina)

Read More

PENGHANTARAN LAPORAN MAKMAL KEJURUTERAAN AWAM II (SEAA 3012/ SKAB 3012 / SKAA 3012)-FKA

Untuk makluman kepada mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam yang mendaftar Makmal Kejuruteraan Awam (SEAA 3012/SKAB 3012/ SKAA 3012) pada semester III, sesi 2024/2025, tarikh akhir penghantaran laporan melalui sistem E-Learning sebelum atau selewat-lewatnya pada 7 September 2025 (Ahad).

Perlu diingatkan setiap penghantaran laporan makmal DIWAJIBKAN ketua kumpulan mengisi link penghantaran di sistem E-Learning seperti dibawah:

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts. Dr. Mohd Zamri Bin Ramli (PAPL FKA), Dr Mohamad Hasif (Penyelaras Makmal) dan Cik Nor Farhani Binti Saidina.                   

Read More

PEMILIHAN BIDANG PRA – PROJEK SARJANA MUDA (PRA-PSM) SEMESTER I, SESI 2024/2025

Makluman kepada semua mahasiswa yang mendaftar kursus SEAA 4022/ SKAB 4022/ SKAA 4022 (Kaedah Penyelidikan dan Pra Projek) pada semester I, sesi 2025/2026 DIWAJIBKAN mengisi Google Form bagi Pemilihan Bidang Pra Projek Sarjana Muda pada link yang disediakan dibawah :

(https://forms.gle/gsQymskuPCPBUpcC8) (klik disini)

Pelajar perlu mengisi link diatas selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2025 ( Ahad) pukul 5.00 petang.  Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts Dr Mohd Zamri Bin Ramli (PAPL FKA) dan Cik Nor Farhani Binti Saidina.

Sekian, Harap maklum.

Read More