PENGESAHAN KEHADIRAN KE MAJLIS KONVOKESYEN KE 69, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

Tahniah! kepada graduan Program Pengajian Separuh Masa UTM yang telah diluluskan Senat Universiti antara bulan Januari sehingga September 2025.  Pengesahan kehadiran ke Majlis Konvokesyen boleh dibuat (bagi graduan tiada tunggakan) bermula 13 – 29 Oktober 2025 di sistem https://iconvo.utm.my/  dan surat jemputan ke Majlis Konvokesyen boleh dimuat naik di sistem iconvo tersebut.  Adalah dimaklumkan bahawa Sijil dan Transkrip graduan hanya akan diserahkan kepada graduan semasa hari Majlis Konvokesyen tersebut sahaja. Bagi graduan Pengajian Separuh Masa pengesahan kehadiran hanya boleh dibuat bermula 13 – 29 Oktober 2025 sahaja. Maklumat lanjut berkaitan Majlis Konvokesyen tersebut boleh layari https://convocation.utm.my/

Read More

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER I, SESI 2025/2026

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester I, Sesi 2025/2026 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ke-2 bagi rujukan pelajar.

klik disini –> JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :9/10/2025

Read More

SENARAI NAMA PROJEK SARJANA MUDA CADANGAN- FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAN

Perhatian kepada semua pelajar Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS) yang mengambil kursus Projek Sarjana Muda Cadangan (SHAY3092 / SHMY3092) dan Projek Sarjana Muda Akhir  (SHAY4044/ SHMY4044) pada Semester I Sesi 2025/2026, berikut adalah senarai nama penyelia PSM (cadangan) dan PSM (Akhir)

Tiada sebarang pertukaran penyelia akan dilayan dan kegagalan mematuhi senarai penyeliaan ini boleh mengakibatkan penahanan daripada membentangkan laporan serta menjejaskan markah keseluruhan. Pelajar boleh menghubungi penyelia masing masing melalui alamat email yang diberikan. Sebarang pertanyaan mengenai senarai penyeliaan ini boleh hubungi saya di alamat email hidayah@utmspace.edu.my

SENARAI NAMA PSM SEM 1 2526 – PENYELIA PSYCHOLOGY

Read More

TAKLIMAT PRA PROJEK SARJANA MUDA (PRA PSM) & PROJEK SARJANA MUDA (PSM) BAGI SEMESTER I, SESI 2025/2026- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Makluman kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mendaftar kursus Pra Projek Sarjana Muda (SEAA 4022/ SKAB 4022/ SKAA 4022) dan Projek Sarjana Muda (SEAA 4034/ SKAB 4034/ SKAA 4034) bagi Semester I, Sesi 2025/2026, satu taklimat akan dilaksanakan oleh Penyelaras Projek Sarjana Muda (Dr Nadirah binti Darus). Justeru itu, mohon mahasiswa yang terlibat DIWAJIBKAN hadir ke taklimat tersebut yang akan dilaksanakan secara atas talian (ONLINE) di platform Webex. Berikut adalah butiran taklimat:1) PRA  PROJEK SARJANA MUDA (SEAA 4022/SKAB 4022/ SKAA 4022)

Tarikh: 8 Oktober 2025 (Rabu)Masa: 8.00pm – 9.00pmLink Webex: https://utm.webex.com/meet/nadirahdarus2) PROJEK SARJANA MUDA (SEAA 4034/ SKAB 4034/ SKAA 4034)

Tarikh:9 Oktober 2025 (Khamis)Masa: 8.00pm – 9.00pmLink Webex: https://utm.webex.com/meet/nadirahdarus

Disertakan juga pautan website SPACE-FKA (https://www.civil.my/utmspace/fyp/) yang akan digunakan untuk dokumen berkaitan  Pra Projek Sarjana Muda  dan  Projek Sarjana Muda .

Read More