JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA SEMESTER II, SESI 2025/2026

Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester II, Sesi 2025/2026 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM akan dijalankan mulai 6 Julai 2026 hingga 19 Julai 2026.

Untuk makluman Jadual Peperiksaan akan dikemaskini dari semasa ke semasa di Bahagian Peperiksaan untuk rujukan mahasiswa dengan klik link di bawah :-

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II SESI 2025/2026

Berikut disertakan Panduan Peperiksaan secara Fizikal :-

PANDUAN DAN KAEDAH PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA UTM SEMESTER II SESI 2025/2026 (FIZIKAL)

Nota :-

Sekiranya terdapat pertindihan jadual atau sebarang pertanyaan, calon peperiksaan hendaklah SEGERA maklumkan ke UTMSPACE di talian 07-5318017 (Pusat Johor Bahru) dan 03-26154691 (Pusat Kuala Lumpur) atau melalui email ke spd@utmspace.edu.my

Sekian, harap maklum.

Read More

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM DIPLOMA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER III DAN SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER II SESI 2025/2026

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester II, Program Sarjana Muda dan Program Diploma semester III, Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah mingguan untuk rujukan pelajar.

klik disini –>JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :4/6/2026

Read More

MAKLUMAN SURAT PEMBENTANGAN PSM AKHIR SEMESTER II, SESI 2025/2026 – FAKULTI PENGURUSAN

Untuk makluman pelajar-pelajar Fakulti Pengurusan, satu pembentangan Projek Sarjana Muda Akhir (SHAD4014/SBSD4014/SBSF4054/SHAC4074/SBSC4074) bagi Program Separuh Masa, Fakulti Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia untuk Semester II Sesi 2025/2026 akan diadakan pada butiran berikut :

Tarikh : 29hb Jun 2026 (Isnin)Masa : 9.00 pagi sehingga selesaiPakaian : Rasmi dan kemasTempat : Blok T08, Fakulti Pengurusan, UTM Johor Bahru

Berikut dilampirkan surat pelepasan pembentangan Projek Sarjana Muda Akhir Fakulti Pengurusan Semester II, Sesi 2025/2026 untuk makluman dan cetakan pelajar-pelajar.

SURAT PELEPASAN MAJIKAN PELAJAR PSM SEM 22526 DAN SENARAI PELAJAR

Read More

PENGHANTARAN LAPORAN TEKNIKAL DAN BORANG KEBENARAN PEMBENTANGAN PROJEK SARJANA MUDA (PSM) SEMESTER II, SESI 2025/2026 FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Makluman kepada kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mendaftar kursus Projek Sarjana Muda (SEAA 4034/ SKAB 4034/ SKAA 4034) tarikh akhir penghantaran Laporan Teknikal (https://forms.gle/NAdEAwQbkb1soH7dA) dan Borang Kebenaran Pembentangan (https://forms.gle/28fumugGZjU2PobF9) selewat-lewatnya pada 11 Jun 2026 (Khamis) dengan menggunakan pautan yang disediakan. Sebarang kelewatan selepas tarikh penghantaran tidak akan diterima dan nama pelajar tidak akan dimasukkan dalam jadual pembentangan. Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai.

Pemakluman awal bagi sesi pembentangan Projek Sarjana Muda (PSM) dijangka akan diadakan pada 26 Jun 2026 (Jumaat) secara bersemuka di Blok M46, Fakulti Kejuruteraan Awam. Kerjasama yang diberikan oleh semua pelajar amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Read More

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM DIPLOMA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER III DAN SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER II SESI 2025/2026

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester II, Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Mas bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah mingguan untuk rujukan pelajar

klik disini –>JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :26/5/2026

Read More