BORANG KAJI SELIDIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMESTER II, SESI 2021/2022 (SARJANA MUDA)

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Tuan / Puan / Saudara,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Seperti sedia maklum bahawa perkuliahan bagi Semester II, Sesi 2021/2022 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa telah dijalankan bermula 18 Mac 2022 hingga 26 Jun 2022.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk mengisi Borang Kaji Selidik Pengajaran dan Pembelajaran bagi memperbaiki kualiti PdP pada masa akan datang seperti di pautan berikut.

https://questionnaire.utmspace.edu.my/l/9a2ebd88a727023a54bf1589dc3c1794

Mohon agar dapat melengkapkan soal selidik sebelum 31 Julai 2022. Kerjasama tuan/puan melengkapkan soal selidik ini adalah amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

Read More

PEMBERIAN REBAT 7% (JB DAN KL) DAN PENAMBAHAN 3% (PUSAT LUAR) BAGI YURAN PENGAJIAN PELAJAR BAGI SEMESTER II, SESI 2021/2022 (SARJANA MUDA)

Dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan SPACE telah bersetuju memberi rebat sebanyak TUJUH PERATUS (7%) kepada pelajar pusat pembelajaran Johor Bahru dan Kuala Lumpur serta TAMBAHAN TIGA PERATUS (3%) kepada pelajar pusatpembelajaran luar (selain Johor Bahru dan Kuala Lumpur) ke atas kursus-kursus yang didaftarkan pada Semester II, Sesi 2021/2022 (Sarjana Muda).Pemberian rebat ini diberikan kepada kursus-kursus yang BUKAN BERSTATUS TARIK DIRI KURSUS. Rebat ini akan diselaraskan di akaun kewangan selepas 28 Julai 2022 secara berperingkat dan Pelajar boleh membuat semakan di SMP.

Contoh 1 : En. Ahmad mendaftar 4 kursus berstatus kuliah sahaja (K) di pusat pembelajaranKuala Lumpur dengan jumlah kredit yang didaftarkan adalah sebanyak 10 kredit.

 SEAA2513 = Jumlah yuran pengajian RM540 = Jumlah rebat RM37.80 SEAA2712 = Jumlah yuran pengajian RM360 = Jumlah rebat RM25.20 SEAA2922 = Jumlah yuran pengajian RM360 = Jumlah rebat RM25.20 SSCE1693 = Jumlah yuran pengajian RM540 = Jumlah rebat RM37.80

Jumlah rebat yang diperolehi oleh En. Ahmad adalah sebanyak RM126

Contoh 2 : En. Saufi  mendaftar 4 kursus berstatus kuliah sahaja (K) di pusat pembelajaranKota Kinabalu dengan jumlah kredit yang didaftarkan adalah sebanyak 10 kredit.

SEAA2513 = Jumlah yuran pengajian RM780 = Jumlah rebat RM78.00SEAA2712 = Jumlah yuran pengajian RM520 = Jumlah rebat RM52.00 SEAA2922 = Jumlah yuran pengajian RM520 = Jumlah rebat RM52.00SSCE1693 = Jumlah yuran pengajian RM780 = Jumlah rebat RM78.00

Jumlah rebat yang diperolehi oleh En. Saufi adalah sebanyak RM260.   

Sekian, Terima Kasih.

Read More

MAKLUMAT PELAKSANAAN MAKMAL & SURAT PELEPASAN MAJIKAN SEMESTER III, 2021/2022 (SEMM3931/SKMM3931 & SKMM3941/SME 3942) -SEKOLAH KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Dimaklumkan kepada pelajar Sekolah Kejuruteraan Mekanikal (SKM) yang mendaftar kursus SEMM3931/SKMM3931 & SKMM3941/SME3942 – Makmal Kejuruteraan, disertakan maklumat pelaksanaan makmal dan surat pelepasan. Hanya pelajar yang mendaftar sahaja dibenarkan menjalani Kursus dan Peperiksaan Makmal.

MAKLUMAT PELAKSANAAN KURSUS MAKMAL SEMM3931/ SKMM3931

MAKLUMAT PELAKSANAAN KURSUS MAKMAL SEMM3941/ SKMM3942

SURAT PELEPASAN MAJIKAN

COMPANY RELEASE LETTER

SURAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN MAKMAL

Sekian, Terima Kasih

Read More