BORANG PENCALONAN PENYELIA PSM CADANGAN DAN LATIHAN ILMIAH – SEKOLAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DAN PSIKOLOGI (sharps)

Perhatian kepada semua pelajar Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi yang akan mendaftar Projek Sarjana Muda Cadangan (SHAR3042) pusat Johor Bahru dan Kuala Lumpur pada semester akan datang (Semester 1, Sesi 2023/2024), sila pastikan mahasiswa telah memenuhi syarat ini :

1. Telah memenuhi / mengambil sekurang-kurangnya 90 jam kredit (termasuk pengecualian kredit yang telah diluluskan).2. Telah LULUS kursus Pengenalan Kaedah Penyelidikan (SHAR3033/ SHP2303).

Sekiranya telah memenuhi kedua-dua syarat tersebut, saudara dikehendaki untuk mengisi BORANG PENCALONAN PENYELIA. Saudara dibenarkan untuk mengisi SEKALI SAHAJA borang pencalonan dan tarikh akhir untuk mengisinya adalah pada 10 September 2023. Kegagalan mahasiswa untuk mengikuti prosedur ini akan mengakibatkan pendaftaran kursus tersebut (PSM Cadangan) tidak dipertimbangkan dan DITOLAK oleh Penyelaras.

Read More

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER III, SESI 2022/2023

Dimaklumkan bahawa sesi perkulihan bagi Semester III, Sesi 2022/2023 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ke-4 bagi kursus-kursus berstatus Kuliah Sahaja (K)/ setara untuk rujukan pelajar.

klik disini –> JADUAL KULIAH<– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini : 22/8/2023

Read More

JADUAL PEPERIKSAAN KHAS PROG. SARJANA MUDA SEMESTER II, SESI 2022/2023

Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Khas Semester II, Sesi 2022/2023 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM akan berjalan mulai 20 Ogos 2023 hingga 1 September 2023.

Berikut Jadual Peperiksaan Khas untuk rujukan mahasiswa dengan klik link di bawah:

JADUAL PEPERIKSAAN KHAS SEMESTER II, SESI 2022/2023

Pusat : Johor BahruTempat : Bilik Mesyuarat Eksekutif 2 UTMSPACE, Aras 4, Blok T05, UTMJBJenis Peperiksaan : Fizikal

Pusat : Kuala LumpurTempat : Bilik Kuliah 6, Aras 2, Residensi UTMKLJenis Peperiksaan : Fizikal

Nota :-

Tempat peperiksaan khas hanya di Johor Bahru dan Kuala Lumpur sahaja.Sekiranya terdapat pertindihan jadual atau sebarang pertanyaan, calon peperiksaan hendaklah SEGERA maklumkan ke UTMSPACE di talian 07-5318017 (Pusat Johor Bahru) dan 03-26154691 (Pusat Kuala Lumpur) atau melalui email ke spd@utmspace.edu.my.

Sekian, harap maklum.

Read More