MAKMAL KEJURUTERAAN AWAM SPACE – fakulti kejuruteraan awam SEM 3, SESI 2022/2023

Perhatian kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mengambil makmal pada Semester 3, Sesi 2022/2023 adalah dimaklumkan bahawa Makmal Kejuruteraan Awam 1 dan Makmal Kejuruteraan 2  SPACE FKA tahun 2023 akan dilaksanakan pada tarikh-tarikh berikut:

Makmal Kejuruteraan Awam 1 (SEAA/SKAB 2012) 

11 – 15 September 2023 (Isnin hingga Jumaat)

Makmal Kejuruteraan Awam 2 (SEAA/SKAB 3012)

Bagi pusat pengajian yang mempunyai kuliah pada hari Jumaat dan Sabtu:

3 – 7 September 2023 (Ahad hingga Khamis)

Bagi pusat pengajian yang mempunyai kuliah pada hari Sabtu dan Ahad:

4 – 8 September 2023 (Isnin hingga Jumaat)Pengajaran kelas makmal akan diadakan di Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM Johor Bahru. Maklumat lanjut akan disampaikan melalui penghulu kelas masing-masing dalam masa terdekat. Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pejabat SPACE FKA (No telefon: 07-5532449).

Read More

MAKMAL TAHUN 3 UMUM (SEEE/SKEE3732), MAKMAL TAHUN 3 KHUSUS (SEEE/SKEE3742/SKEL3742) & MAKMAL TAHUN 4 CAPSTONE (SEE/SKEE/SKEL4722) – FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

SEKSYEN BAGI SETIAP MAKMAL (semua sesi makmal dijalankan di UTM JB):

MAKMAL TAHUN 3 UMUM (SEEE/SKEE3732)

Seksyen 01 : 7 Ogos 2023 hingga 10 Ogos 2023 (Semua Pusat Pembelajaran) : (1 Seksyen/sesi terdapat  20 Kumpulan – 1 Kumpulan 4 Orang)

(PERINGATAN : Pelajar perlu ambil serta lulus bagi subjek MIKROPEMPROSES (SEEE/SKEE3223), PRINSIP PERHUBUNGAN (SEEE/SKEE3533) & PERMODELAN SISTEM & ANALISIS (SEEE/SKEE3133) sebelum mendaftar/mengambil Makmal Tahun 3 Umum (SEEE/SKEE 3732).

MAKMAL TAHUN 3 KHUSUS (SEEE/SKEE/SKEL3742)

Seksyen 01 : 14 Ogos 2023 hingga 17 Ogos 2023 (Semua Pusat Pembelajaran) : (1 Seksyen/sesi terdapat 8 Kumpulan – 1 Kumpulan 4 Orang)Seksyen 02 : 4 September 2023 hingga  7 September 2023 (Semua Pusat Pembelajaran) : (1 Seksyen/sesi terdapat 8 Kumpulan – 1 Kumpulan 4 Orang)Seksyen 03 : 11 September 2023 hingga 14 September 2023 (Semua Pusat Pembelajaran) : (1 Seksyen/sesi terdapat 8 Kumpulan – 1 Kumpulan 4 Orang) – Khusus untuk pelajar SKEL sahaja.

MAKMAL TAHUN 4 CAPSTONE (SEE/SKEE/SKEL4722)

Pertemuan 01 : 7 Ogos 2023 hingga  8 Ogos 2023 (Semua Pusat Pembelajaran)Pertemuan 02 : 28 Ogos 2023 hingga 29 Ogos 2023 (Semua Pusat Pembelajaran)Pertemuan 03 : 25 September  2023 hingga  26 September  2023 (Semua Pusat Pembelajaran)

PERHATIAN :

Pelajar yang mendaftar Makmal tahun 4 CAPSTONE (SEE/SKEE/SKEL4722) pada pertemuan pertama serta seterusnya pertemuan kedua dan ketiga makmal akan di jalankan di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan boleh terus email kepada penyelaras makmal Capstone (Dr. Zulkarnain Ahmad Noorden di alamat email : zulkarnain-an@utm.my) ATAU menghubungi Pembantu Pengurus Akademik Program Luar (FKE) Pn. Shima / Pn. Siti ditalian 07-5557003.

Pelajar SEEE/SKEE yang mendaftar Makmal Tahun 3 Khusus (SEEE/SKEE3742) perlu mendaftar di Seksyen 01 hingga Seksyen 03 sahaja.

Pelajar SKEL yang mendaftar Makmal Tahun 3 Khusus (SKEL/SEEL3742) wajib mendaftar di SEKSYEN 04 yang akan di jalankan pada 18 September 2023 hingga 21 September 2023.

Pelajar –pelajar (FKE) yang mendaftar makmal perlulah membuat pendaftaran kumpulan mengikut tarikh yang telah ditetapkan bagi setiap seksyen/minggu. Berikut adalah website Makmal, UTMSPACE FKE : http://makmalspace.fke.utm.my. Website dalam proses kemaskini.

Pelajar-pelajar (FKE) perlulah mendaftar kumpulan makmal mengikut seksyen pendaftaran (portal pelajar) bagi memudahkan urusan pembahagian kumpulan.

Pelajar juga perlu memaklumkan kepada penyelaras makmal (Dr. Mohd Azhar bin Abdul Razak) sekiranya ingin membuat pertukaran pendaftaran kumpulan berserta alasan yang kukuh melalui emel mohdazhar@fke.utm.my. Ingin diingatkan juga pertukaran hanya boleh dibuat sekiranya mempunyai alasan yang kukuh dan dibenarkan oleh Pengurus Akademik Program Luar (FKE) dan Penyelaras Makmal UTMSPACE.

Surat peperiksaan makmal juga boleh didapati di website makmal UTMSPACE dan dijangka akan dikeluarkan pada 13 Jun 2023. Pelajar boleh mencetak surat tersebut dari website sepertimana yang dinyatakan diatas.

Sebarang pertanyaan boleh terus kepada penyelaras makmal (Dr. Mohd Azhar bin Abdul Razak) ATAU menghubungi Pembantu Pengurus Akademik Program Luar (FKE) Pn. Shima / Pn. Siti ditalian 07-5557003.

Read More

SIJIL KEPUJIAN DEKAN SEMESTER I 2022-2023 (PUSAT JOHOR BAHRU sahaja)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Adalah dimaklumkan kepada pelajar yang mendapat PNG/ GPA 3.50 dan ke atas bagi kemasukan 2015/2016 dan ke bawah dan PNG/ GPA 3.67 bagi mahasiswa kemasukan 2016/2017 dan ke atas, Sijil Kepujian Dekan Semester I 2022-2023 bagi pelajar yang layak telah di poskan secara berperingkat mulai 31 Mei 2023 (pelajar selain pusat Johor Bahru dan Kuala Lumpur).

Kepada pelajar pusat pembelajaran Johor Bahru, Sijil Kepujian Dekan Semester I 2022-2023 boleh mula diambil di Kaunter Pusat Pengajian Separuh Masa SPACE UTM, Tingkat 4, Blok T05 mulai 6 Jun 2023.

Kaunter dibuka pada hari Isnin hingga Khamis (9.00 pagi – 4.00 petang), Waktu Rehat (1.00 tengah hari hingga 2.00 petang).

Sekian, Harap Maklum.

Read More