Pengumuman

SLAID PENCERAMAH SEMINAR KEJURUTERAAN AWAM 2023 (SEMKA 2023)

Untuk makluman Seminar Kejuruteraan Awam 2023 (SEMKA 2023) telah dijalankan pada 19 & 20 Ogos 2023. Sehubungan dengan itu, dikongsikan slides penceramah untuk rujukan pelajar yang terlibat. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts Dr Mohd Zamri Bin Ramli (PAPL FKA) dan Cik Nor Farhani Binti Saidina.

 SESI 1 (19 OGOS) – DR MOHD HAFIZ PUTEH.pdf

 SESI 2 (19 OGOS) – DATO IR DR ISMAIL MOHAMED TAIB.pdf

 SESI 3 (19 OGOS) – EN MOHD AZHARI BIN ALI.pdf

 SESI 1 (20 OGOS) – DATO IR GOH TEIK CHEONG ( SLIDE 1 ). pdf

 SESI 1 (20 OGOS) – DATO IR GOH TEIK CHEONG (SLIDE 2).pdf

 SESI 3 (20 OGOS) – PM IR DR MOHAMAD SHAIFUL.pdf

 SESI 2 (20 OGOS) – IR ABDUR RAHMAN AZZAM.pdf

SEMBANG SPACE : (MODEL PEMBELAJARAN ANJAL -2U2H)

Tajuk : Sembang UTMSPACE
(MODEL PEMBELAJARAN ANJAL -2U2H)
Panel : Encik Mohd Azri Bin Johan (Pengurus Besar, Pusat Pengajian Ijazah)
Tarikh : 6hb September 2023 (RABU)
Masa : 3.00 petang
Saluran :
Facebook UTMSPACE (UTMSPACE OFFICIAL)
Instagram (utmspace )
Tiktok ( utmspaceofficial )

Sehubungan dengan itu, semua pelajar dijemput hadir ke sesi SEMBANG SPACE tersebut.

PEMILIHAN BIDANG PRA – PROJEK SARJANA MUDA (PSM) SEM 1 SESI 2023/2024 UTMSPACE- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Dimaklumkan kepada pelajar-pelajar program Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) yang mendaftar kursus 

Kaedah Penyelidikan dan Pra Projek (SAB/SKAA/SKAB/SEAA 4022) 

pada semester I sesi 2023/2024. Disertakan google forms Pemilihan Bidang PRA – Projek Sarjana Muda (PSM). Pelajar diwajibkan mengisi borang tersebut pada pautan berikut: –

Sila klik pautan dibawah untuk borang pemilihan tersebut : 
https://forms.gle/ktPRXErAPgXiQAU77

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian boleh dirujuk pada borang tersebut.
Tarikh akhir bagi pengisian borang tersebut ialah pada 3 Oktober 2023 (Selasa, 5.00 petang).

PEMAKLUMAN PELEPASAN KULIAH BAGI PILIHAN RAYA KECIL PADA 9 SEPTEMBER 2023 UNTUK PUSAT JOHOR BAHRU DAN PAGOH

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Disertakan lampiran surat rasmi yang seperti dinyatakan untuk perhatian semua pelajar-pelajar Pusat Pengajian Separuh Masa, SPACE. Diharapkan semua pelajar dapat mengambil maklum berkenaan makluman yang seperti dinyatakan.

MAKLUMAN PENUTUPAN KAUNTER PERKHIDMATAN PELAJAR (HUJUNG MINGGU) PUSAT PENGAJIAN SEPARUH MASA -UTMSPACE KL

Adalah Dimaklumkan, Bermula 1 SEPTEMBER 2023 Kaunter Perkhidmatan Pelajar Pada Hujung Minggu (Sabtu & Ahad) TIDAK LAGI BEROPERASI .

Sebarang urusan berkaitan adalah disarankan melalui email : spa@utmspace.edu.my Atau sila hubungi : 0197561100

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER III, SESI 2022/2023

Dimaklumkan bahawa sesi perkulihan bagi Semester III, Sesi 2022/2023 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ke-5 bagi kursus-kursus berstatus Kuliah Sahaja (K)/ setara untuk rujukan pelajar.

klik disini –> JADUAL KULIAH<– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini : 29/8/2023

PENGHANTARAN LAPORAN SEMINAR KEJURUTERAAN AWAM (SEMKA)- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Dimaklumkan kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam(FKA) yang mendaftar kursus SKAA 4021/ SKAB 4021 (Seminar Kejuruteraan Awam)pada semester 3, sesi 2022/2023 tarikh akhir penghantaran Laporan Seminar Kejuruteraan Awam (SEMKA) selewat-lewatnya pada 21 September 2023 (Khamis). Pelajar diminta untuk menghantar satu salinan softcopy (di link yang disediakan) dan hardcopy ke Pejabat SPACE FKA (alamat seperti dinyatakan).

Perlu diingatkan tarikh pengeposan laporan tidak dikira sebagai bukti pelajar telah mematuhi tarikh akhir penghantaran laporan. Sila rancang dengan baik berkenaan masa dan tarikh untuk pengeposan.

Link penghantaran softcopy:
https://drive.google.com/drive/folders/1JJ1t9ceFMSFOFESxQRQEf78MngvAyDnn?usp=sharing

Alamat Pejabat SPACE FKA:
Blok M46,
Jabatan Program Luar,
Fakulti Kejuruteraan Awam,
Universiti Teknologi Awam,81310,
Skudai, Johor Bahru.
(u/p: Cik Nor Farhani Binti Saidina)

UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 7/2023 : Melahirkan Juruukur Bahan (QS) Profesional

Dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UTMSPACE akan mengadakan UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni seperti butiran berikut:

Tajuk : UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 7/2023 : MELAHIRKAN JURUUKUR BAHAN (QS) PROFESIONAL
Tarikh : 29 Ogos 2023 (Selasa)
Masa : 03:00 – 04:00 petang
Penceramah : Sr Mohd Hazwan Shah bin Alias, Juruukur Bahan, Jurutera Perunding Zaaba Sdn. Bhd.
Saluran: FB UTMSPACE Official (https://www.facebook.com/utmspaceoffcial/)

Sehubungan dengan itu, semua pelajar dijemput hadir ke program tersebut.