Pengumuman

SENARAI NAMA PRA PSM (SKAB 4022/ SKAA4022) & PSM (SKAA4034) SEMESTER I, SESI 2022/2023 (FKA)

Dimaklumkan kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) yang mengambil Kursus Pra PSM (SKAB 4022/ SKAA 4022) dan PSM (SKAA 4034), semester I, sesi 2022/2023. Disertakan nama pelajar dan penyelia bagi PRA PSM dan PSM untuk rujukan pelajar:

SENARAI PELAJAR-PENYELIA PSM SESI 2022_2023-1 SPACE PUSAT KL

SENARAI PELAJAR-PENYELIA PRA PSM SESI 2022_2023-1 SPACE PUSAT KL

SENARAI PELAJAR-PENYELIA PRA PSM SESI 2022_2023-1 SPACE PUSAT IPOH

SENARAI PELAJAR-PENYELIA PRA PSM SESI 2022_2023-1 SPACE PUSAT PP

SENARAI PELAJAR-PENYELIA PRA PSM SESI 2022_2023-1 SPACE PUSAT KK

Sekian, Terima Kasih.

Tuntutan Kad Matrik Dan Cenderamata Pelajar Baharu SEMESTER I SESI 2022-2023

Bagi Kemasukan Pelajar Semester 1, Sesi 2022/2023  sahaja, pelajar boleh membuat Tuntutan Kad Matrik dan Cenderamata Pelajar Baharu seperti ketetapan berikut.

1. Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur :   

Tempat            : Kaunter Pelajar, Blok H3, UTM KL, Pusat Pengajian Separuh Masa   

Tarikh & Masa : Mulai 29 Oktober 2022 ( 9.00 pagi – 4.00 petang )

2. Pusat Pembelajaran Johor Bahru :   

Tempat            : Lobi UTMSPACE, Blok T05, UTM Johor Bahru   

Tarikh & Masa : 28 & 29 Oktober 2022 ( 9.00 pagi – 4.00 petang )

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan Bahagian Rekrutmen dan Pengambilan Pelajar (SRAD) di talian 07-531 8052 / 8053 / 8054

Sekian, Terima Kasih.

PEMILIHAN BIDANG PRA-PROJEK SARJANA MUDA (SKAA 4022) SEMESTER I, SESI 2022/2023- ska

Dimaklumkan kepada pelajar-pelajar Sekolah Kejuruteraan Awam(SKA) yang mendaftar kursus SKAA 4022/ SKAB 4022 pada semester 1, sesi 2022/2023 disertakan google forms Pemilihan Bidang Pra-Projek Sarjana Muda (Pra-PSM). Sila klik pautan dibawah untuk borang pemilihan tersebut. 

Link Google Form : https://forms.gle/XH63QxUNiHmckEJg6

Untuk makluman, tarikh tamat pemilihan bidang Pra-PSM ini adalah pada 6 OKTOBER 2022 (KHAMIS) SEBELUM/PADA JAM 5.00 PETANG.

PENGHANTARAN LAPORAN SEMINAR KEJURUTERAAN AWAM (SEMKA)- ska

Dimaklumkan kepada pelajar Sekolah Kejuruteraan Awam(SKA) yang mendaftar kursus SKAA 4021/ SKAB 4021 pada semester 3, sesi 2021/2022 tarikh akhir penghantaran Laporan Seminar Kejuruteraan Awam (SEMKA) selewat-lewatnya pada 30 September 2022 (Jumaat).

Pelajar diminta untuk menghantar salinan softcopy  Laporan Seminar Kejuruteraan Awam (SEMKA) pada link google form yang kami sediakan sebelum ini (https://forms.gle/NEjBmU7DXsmkQAUP9). Kerjasama daripada semua pelajar amat dihargai.

SURAT PENGESAHAN SENAT BAGI PERMOHONAN PENGANUGERAHAN SEMESTER II, SESI 2021/2022 – SARJANA MUDA

Adalah dimaklumkan bahawa, semua permohonan penganugerahan bagi  Semester II,  Sesi 2021/2022 telah dibentangkan dan diperakukan di dalam Mesyuarat Senat yang diadakan pada 30 Ogos 2022 yang lalu.

Untuk makluman, Surat Pengesahan Senat akan mula diedarkan secara berperingkat kepada graduan melalui POS bermula  8 September 2022 bagi graduan yang TIDAK mempunyai tunggakan yuran pengajian.

Permohonan sijil dan transkrip awal masih belum dibuka oleh pihak universiti. SPACE akan memaklumkan kepada graduan jika permohonan sudah dibuka kelak.

Sekian, Terima Kasih.

PERMAKLUMAN KEPADA PELAJAR berkenaan PENDAFTARAN KURSUS SEM 1 2022/2023 BAGI TUJUAN PENGESAHAN PTPTN

Untuk makluman para pelajar yang memohon pinjaman PTPTN, bahagian Hal Ehwal Plejar (HEP) akan membuat pengesahan PTPTN bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Separuh Masa yang mendaftar Semester I 2022-2023.

 Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar dikehendaki untuk menyelesaikan pendaftaran kursus bagi Semester 1 2022/2023 secara dalam talian sebelum pukul 5.00 petang, 12 September 2022.

Sekian, Terima Kasih.

BORANG PENCALONAN PENYELIA PSM CADANGAN DAN LATIHAN ILMIAH – SEKOLAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DAN PSIKOLOGI

Perhatian kepada semua mahasiswa Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi yang akan mendaftar Latihan Ilmiah (SHP3353) atau Projek Sarjana Muda Cadangan (SHAR3042) pusat Johor Bahru dan Kuala Lumpur pada semester akan datang (Semester 1, Sesi 2022/2023), sila pastikan mahasiswa telah memenuhi syarat ini :

1. Telah memenuhi / mengambil sekurang-kurangnya 90 jam kredit (termasuk pengecualian kredit yang telah diluluskan).
2. Telah LULUS kursus Pengenalan Kaedah Penyelidikan (SHAR 3033/ SHP2303).

Sekiranya telah memenuhi kedua-dua syarat tersebut, saudara dikehendaki untuk mengisi BORANG PENCALONAN PENYELIA.  Saudara dibenarkan untuk mengisi SEKALI SAHAJA.

Borang pencalonan dan tarikh akhir untuk mengisinya adalah pada 12 September 2022. Kegagalan mahasiswa untuk mengikuti prosedur ini akan mengakibatkan pendaftaran kursus tersebut (Latihan Ilmiah/ PSM Cadangan) tidak dipertimbangkan dan DITOLAK oleh Penyelaras.

Terima Kasih.