Pengumuman

MAKMAL KEJURUTERAAN SEMM3931/SKMM3931 & SEMM3941/SKMM3941 sem iii 2022-2023 FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Adalah dimaklumkan kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal yang mendaftar kursus Makmal Kejuruteraan  kod kursus SEMM3931/SKMM3931 & SEMM3941/SKMM3941 Semester III Sesi 2022/2023, makmal akan dijalankan secara FIZIKAL di Kampus UTM JOHOR BAHRU bermula 31 Julai 2023 sehingga 3 Ogos 2023 disertakan senarai pelajar dan jadual menjalankan projek di makmal. 

Sila patuhi etika pakaian semasa berada di Kampus UTM 

JADUAL MAKMAL SEMM3931-SKMM3931

SENARAI PELAJAR SEMM3931-SKMM3931

JADUAL MAKMAL SEMM3941-SKMM3941

MODUL SEMM3941 – SKMM3941

SENARAI PELAJAR SEMM3941 – SKMM3941

MAKLUMAN BILIK PEPERIKSAAN AKHIR (IJAZAH SARJANA MUDA) SEMESTER 2, SESI 2022/2023-KUALA LUMPUR

Berikut adalah Jadual peperiksaan dan bilik peperiksaan Semester 2, Sesi 2022/2023 Program Ijazah Sarjana Muda.
Sila klik gambar di bawah (kemaskini : 17/7/2023 – 4.30 pm) : –

Mohon kerjasama pelajar untuk membuat semakan 2 hari sebelum waktu peperiksaan yang ditetapkan, untuk memastikan maklumat tempat peperiksaan(TERKINI).


BUTIRAN BILIK PEPERIKSAAN PUSAT KUALA LUMPUR : –

Dewan Tan Sri Ainuddin, (Dewan Besar) UTMKL
Dewan Peperiksaan, PSZ UTMKL
Bilik Kuliah (N306), Aras 3 Blok N, UMTKL
Dewan Seminar, Aras 2, Residensi UTMKL
BK 7, KOLEJ SPACE, ARAS 2 RESIDENSI UTMKL
BILIK SEMINAR 3,ARAS 2, RESIDENSI UTMKL
Bilik Kuliah 1(BK1), Aras 2, Bangunan MJIT UTMKL.
Bilik Kuliah 2(BK2), Aras 2, Bangunan MJIT UTMKL.
Bilik Kuliah 3(BK3), Aras 2, Bangunan MJIT UTMKL.
Bilik Kuliah 14(BK14), Aras 6, Bangunan MJIT UTMKL.
Bilik Kuliah 22(BK22), Aras 8, Bangunan MJIT UTMKL.
Bilik Q101, Aras Bawah, Blok Q UTMKL



NOTA PENTING :
1. Sekiranya terdapat pertindihan jadual atau sebarang pertanyaan, calon peperiksaan hendaklah melalui email
spa@utmspace.edu.my atau spd@utmspace.edu.my.
2. Diingatkan mahasiswa perlu pastikan peralatan peperiksaan dalam keadaan baik sebelum waktu peperiksaan bermula.
Sekian Harap Maklum, Selamat Maju Jaya

SLIDES TAKLIMAT & SURAT JEMPUTAN SEMINAR KEJURUTERAAN AWAM 2023 (SEMKA 2023)- fakulti kejuruteraan awam

Untuk makluman Taklimat Seminar Kejuruteraan Awam 2023 (SEMKA 2023) telah dijalankan pada 9 Julai 2023 . Sehubungan dengan itu, dikongsikan slides taklimat untuk rujukan pelajar yang terlibat. Turut dilampirkan surat jemputan Seminar Kejuruteraan Awam 2023 (SEMKA 2023) untuk tindakan yang selanjutnya oleh pelajar.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts Dr Mohd Zamri Bin Ramli (PAPL FKA) dan Cik Nor Farhani Binti Saidina di talian 07-531 2449/1743.

SURAT JEMPUTAN SEMKA 2023

SLIDE TAKLIMAT SEMKA 2023

PEMAKLUMAN MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)

Adalah dimaklumkan bahawa pihak UTMSPACE tidak membuka penawaran pendaftaran MUET bermula MUET SESI 3 2023 sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Bagi pelajar yang berhasrat untuk mendaftar MUET SESI 3 2023 dan seterusnya hendaklah mendaftar sebagai CALON PERSENDIRIAN berdasarkan tatacara pendaftaran yang tertera di laman sesawang Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di https://muet.mpm.edu.my.

Pihak kami memohon maaf diatas kesulitan yang timbul.

Sekian, terima kasih.

SURAT PEPERIKSAAN MAKMAL BG SEM 3, SESI 2022/2023 – FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Dimaklumkan kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik yang mendaftar kursus yang seperti dinyatakan di dalam lampiran, disertakan surat peperiksaan makmal Semester III Sesi 2022-20223 untuk makluman para pelajar.

SURAT MAKMAL SEE/SEEE/SKEE3732 (UMUM)

SURAT MAKMAL SEE/SEEE/SKEE3732 (KHUSUS)

SURAT MAKMAL SEE/SEEE/SKEE3742 (SEKSYEN 2)

SURAT MAKMAL SEEL/SKEL3742 (SEKSYEN 3)

SURAT MAKMAL SEEL/SKEL3742 (SKESYEN 4)

SURAT MAKMAL CAPSTONE