Untuk makluman, semua pelajar sepenuh masa (Diploma, Sarjana Muda dan Pascasiswazah) dan pelajar separuh masa (UTMSPACE) diwajibkan untuk membuat pertukaran kad matrik sedia ada kepada Kad Prihatin Siswa (KPS). Pelajar perlu bersetuju memberikan kebenaran kepada pihak UTM untuk memproses dan mengendalikan penggunaan data peribadi pelajar sebagaimana dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). Tarikh tutup pengisian borang persetujuan pelajar ditetapkan sehingga 15 Jun 2023 (Khamis).