Perhatian kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mengambil makmal pada Semester 3, Sesi 2022/2023 adalah dimaklumkan bahawa Makmal Kejuruteraan Awam 1 dan Makmal Kejuruteraan 2  SPACE FKA tahun 2023 akan dilaksanakan pada tarikh-tarikh berikut:

Makmal Kejuruteraan Awam 1 (SEAA/SKAB 2012) 

11 – 15 September 2023 (Isnin hingga Jumaat)

Makmal Kejuruteraan Awam 2 (SEAA/SKAB 3012)

Bagi pusat pengajian yang mempunyai kuliah pada hari Jumaat dan Sabtu:

3 – 7 September 2023 (Ahad hingga Khamis)

Bagi pusat pengajian yang mempunyai kuliah pada hari Sabtu dan Ahad:

4 – 8 September 2023 (Isnin hingga Jumaat)Pengajaran kelas makmal akan diadakan di Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM Johor Bahru. Maklumat lanjut akan disampaikan melalui penghulu kelas masing-masing dalam masa terdekat. Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pejabat SPACE FKA (No telefon: 07-5532449).