SEKSYEN BAGI SETIAP MAKMAL (semua sesi makmal dijalankan di UTM JB):

MAKMAL TAHUN 3 UMUM (SEEE/SKEE3732)

  1. Seksyen 01 : 7 Ogos 2023 hingga 10 Ogos 2023 (Semua Pusat Pembelajaran) : (1 Seksyen/sesi terdapat  20 Kumpulan – 1 Kumpulan 4 Orang)

(PERINGATAN : Pelajar perlu ambil serta lulus bagi subjek MIKROPEMPROSES (SEEE/SKEE3223), PRINSIP PERHUBUNGAN (SEEE/SKEE3533) & PERMODELAN SISTEM & ANALISIS (SEEE/SKEE3133) sebelum mendaftar/mengambil Makmal Tahun 3 Umum (SEEE/SKEE 3732).

MAKMAL TAHUN 3 KHUSUS (SEEE/SKEE/SKEL3742)

  1. Seksyen 01 : 14 Ogos 2023 hingga 17 Ogos 2023 (Semua Pusat Pembelajaran) : (1 Seksyen/sesi terdapat 8 Kumpulan – 1 Kumpulan 4 Orang)
  2. Seksyen 02 : 4 September 2023 hingga  7 September 2023 (Semua Pusat Pembelajaran) : (1 Seksyen/sesi terdapat 8 Kumpulan – 1 Kumpulan 4 Orang)
  3. Seksyen 03 : 11 September 2023 hingga 14 September 2023 (Semua Pusat Pembelajaran) : (1 Seksyen/sesi terdapat 8 Kumpulan – 1 Kumpulan 4 Orang) – Khusus untuk pelajar SKEL sahaja.

MAKMAL TAHUN 4 CAPSTONE (SEE/SKEE/SKEL4722)

  1. Pertemuan 01 : 7 Ogos 2023 hingga  8 Ogos 2023 (Semua Pusat Pembelajaran)
  2. Pertemuan 02 : 28 Ogos 2023 hingga 29 Ogos 2023 (Semua Pusat Pembelajaran)
  3. Pertemuan 03 : 25 September  2023 hingga  26 September  2023 (Semua Pusat Pembelajaran)

PERHATIAN :

  • Pelajar yang mendaftar Makmal tahun 4 CAPSTONE (SEE/SKEE/SKEL4722) pada pertemuan pertama serta seterusnya pertemuan kedua dan ketiga makmal akan di jalankan di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan boleh terus email kepada penyelaras makmal Capstone (Dr. Zulkarnain Ahmad Noorden di alamat email : zulkarnain-an@utm.my) ATAU menghubungi Pembantu Pengurus Akademik Program Luar (FKE) Pn. Shima / Pn. Siti ditalian 07-5557003.
  • Pelajar SEEE/SKEE yang mendaftar Makmal Tahun 3 Khusus (SEEE/SKEE3742) perlu mendaftar di Seksyen 01 hingga Seksyen 03 sahaja.
  • Pelajar SKEL yang mendaftar Makmal Tahun 3 Khusus (SKEL/SEEL3742) wajib mendaftar di SEKSYEN 04 yang akan di jalankan pada 18 September 2023 hingga 21 September 2023.
  • Pelajar –pelajar (FKE) yang mendaftar makmal perlulah membuat pendaftaran kumpulan mengikut tarikh yang telah ditetapkan bagi setiap seksyen/minggu. Berikut adalah website Makmal, UTMSPACE FKE : http://makmalspace.fke.utm.my. Website dalam proses kemaskini.
  • Pelajar-pelajar (FKE) perlulah mendaftar kumpulan makmal mengikut seksyen pendaftaran (portal pelajar) bagi memudahkan urusan pembahagian kumpulan.
  • Pelajar juga perlu memaklumkan kepada penyelaras makmal (Dr. Mohd Azhar bin Abdul Razak) sekiranya ingin membuat pertukaran pendaftaran kumpulan berserta alasan yang kukuh melalui emel mohdazhar@fke.utm.my. Ingin diingatkan juga pertukaran hanya boleh dibuat sekiranya mempunyai alasan yang kukuh dan dibenarkan oleh Pengurus Akademik Program Luar (FKE) dan Penyelaras Makmal UTMSPACE.
  • Surat peperiksaan makmal juga boleh didapati di website makmal UTMSPACE dan dijangka akan dikeluarkan pada 13 Jun 2023. Pelajar boleh mencetak surat tersebut dari website sepertimana yang dinyatakan diatas.
  • Sebarang pertanyaan boleh terus kepada penyelaras makmal (Dr. Mohd Azhar bin Abdul Razak) ATAU menghubungi Pembantu Pengurus Akademik Program Luar (FKE) Pn. Shima / Pn. Siti ditalian 07-5557003.