Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Satu sesi serahan Kad Prihatin Siswa (KPS) bagi pelajar pusat Johor Bahru oleh Bahagian Keselamatan UTM akan diadakan pada butiran seperti dibawah :
Tarikh : 27 Mei 2023 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Blok T06, 01-01, UTM Johor Bahru
Kad Prihatin Siswa sediada hanyalah bagi pelajar yang telah memberikan persetujuan (“consent”) kad prihatin siswa melalui Sistem Maklumat Pelajar (SMP) sebelum atau pada 20 Disember 2022.
Pelajar dikehendaki membawa bersama Kad Pengenalan Asal dan Kad Matrik semasa tuntutan/ pengambilan kad prihatin siswa di Blok T06, UTM Johor Bahru.
Hanya pelajar yang telah menerima SMS dan Emel yang menyatakan akaun Simpanan Pro-I RHB (RHB Pro Savings Account-I) pelajar telah berjaya dibuka dibenarkan hadir ke Cawangan RHB terdekat diseluruh negara untuk proses pengaktifan.
Pelajar dikehendaki membawa bersama Kad Pengenalan/ Passport Asal dan Kad Prihatin Siswa untuk proses pengaktifan akaun dan kad di cawangan RHB.
Pelajar perlu membuat pengaktifan dengan kadar segera bagi memastikan akaun dan kad debit pelajar adalah berstatus aktif khasnya bagi para peminjam PTPTN.
Tuntutan Kad Perihatin Siswa (KPS) selepas tarikh dan masa seperti yang dinyatakan, perlu membuat tuntutan di Bahagian Keselamatan UTM Johor Bahru seperti butiran berikut :
Waktu Operasi
(kecuali hujung minggu dan cuti umum)
Ahad-Rabu : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi hingga 3.00 petang
Waktu Rehat : 1.00 petang hingga 2.00 petang
Sekian, Terima Kasih