Adalah dimaklumkan bahawa, semua permohonan penganugerahan bagi  Semester III,  Sesi 2021/2022 & Semester I, Sesi 2022/2023 telah dibentangkan dan diperakukan di dalam Mesyuarat Senat yang diadakan pada 3 Mei 2023 yang lalu.

Untuk makluman, Surat Pengesahan Senat akan mula diedarkan secara berperingkat kepada graduan melalui POS bermula  18 Mei 2023 bagi graduan yang TIDAK mempunyai tunggakan yuran pengajian.

Permohonan sijil dan transkrip awal masih belum dibuka oleh pihak universiti. SPACE akan memaklumkan kepada graduan jika permohonan sudah dibuka kelak.

Majlis Konvokesyen ke 67 dijangka akan diadakan pada bulan Oktober atau bulan November 2023.  Mohon graduan sentiasa dapatkan maklumat di https://dvcai.utm.my/convocation/ dari semasa ke semasa.