Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Makluman kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) yang ingin/bercadang untuk memohon pengecualian kredit kursus Latihan Industri (SEE 4925 / SKEE 4926 / SKEL 4926) pada Semester II Sesi 2022/2023 diingatkan untuk menghantar permohonan yang lengkap pada tempoh yang telah ditetapkan (13 Mac 2023 – 9 Mei 2023). 

Rujuk Pautan Perkara Penting : https://studentppsm.utmspace.edu.my/wp-content/uploads/2023/01/Perkara-Penting-Semester-II-1.pdf

Syarat-syarat kelayakan mestilah mengikut prosedur berikut:

1.      Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang kejuruteraan elektrik sekurang-kurangnya TIGA (3) tahun bermula daripada pelajar memperoleh kelulusan diploma.

2.      Telah mencapai sekurang-kurangnya 90 kredit (Kredit Dapat + Kredit Kecuali) semasa membuat permohonan.

3.      Sila kemukakan permohonan dengan menghantar:

a.      Borang Pengecualian Kredit Kursus (PPSM-SPA-PKK-004).

b.      Borang Employment History form (FKE-LP8)

c.       Surat Pengesahan bekerja daripada Majikan (tarikh keluar surat adalah yang terkini)

d.      Mengemukakan laporan kerja kejuruteraan yang dilakukan dalam tempoh 3 tahun yang lalu hingga kini. Laporan tersebut terdiri daripada:

  • Latar belakang Syarikat dan Struktur Organisasi.
  • Penerangan/laporan kerja kejuruteraan utama yang dilakukan dalam 3 tahun lepas.
  • Kesimpulan dan Cadangan.
  • Rujukan.
  • Ditandatangani dan diluluskan oleh pegawai atasan yang merupakan seorang jurutera.

4.      Sila hantar permohonan yang lengkap ke email: zuraimy@fke.utm.my ,

cc: siti.norfazila@utmspace.edu.my, nazathulshima@utmspace.edu.my

Garis panduan dan maklumat berkaitan pengecualian kredit Latihan Industri boleh didapati di http://see-space.fke.utm.my/pengecualian-kredit/pengecualiankreditlisee4925

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Siti/ Puan Shima di talian:  07 5557003.

**Pelajar tidak perlu mendaftar kursus Latihan Industri pada Semester 2 Sesi 2022/2023 di SMP.