Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Makluman kepada pelajar yang ingin/bercadang untuk memohon pengecualian kredit kursus SEMM/SKMM 3915 Latihan Industri pada Semester II Sesi 2022/2023 untuk mengisi maklumat di :

https://forms.gle/YmbTkqs9PMixWgbE8

Syarat-syarat permohonan Pengecualian Latihan Industri :

1. Telah mengambil semua kursus pra-syarat dan mendapat minimum gred D– i) SEMM/SKMM2123 – Mekanik Pepejal II
ii) SEMM/SKMM2223 – Mekanik Mesin & Getaran
iii) SEMM/SKMM2323 – Mekanik Bendalir II
iv) SEMM/SKMM/2423 – Termodinamik Gunaan

2. Mempunyai pengalaman pekerjaan yang berkaitan dengan bidang pengajian sekurang-kurangnya SATU (1) tahun

3. Telah mendapat sekurang-kurangnya sebanyak 80 kredit kira (Kredit dapat + Kredit Kecuali)

Garis panduan dan maklumat berkaitan pengecualian kredit Latihan Industri boleh didapati di https://studentppsm.utmspace.edu.my/?page_id=241 (Borang-borang SKM).

Satu taklimat berkaitan pengecualian Latihan Industri akan diadakan kelak.

**Pelajar tidak perlu mendaftar kursus Latihan Industri pada Semester 2 Sesi 2022/2023 di SMP.