Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Perhatian kepada semua pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mengambil PRA – PSM (SKAB4022) pada Semester 1, Sesi 2022/2023 .
Berikut adalah beberapa perubahan tarikh-tarikh penting untuk tindakan semua:
a. 21 Januari 2023 (Sabtu)
- Pelajar bertemu Penilai untuk membuat penilaian pada tarikh yang telah dipersetujui oleh Penilai.
- Jika Pelajar atau Penilai tidak berkelapangan untuk menilai pada hari bekerja, maka Pelajar atau Penilai boleh membuat penilaian pada hari tidak bekerja.
b. 24 Januari 2023 (Selasa)
- Penilai menghantar semula Borang Laporan Pra PSM yang telah lengkap diisi dengan komen kepada Pelajar, Penyelia dan juga Penyelaras untuk rujukan dan simpanan.
c. 5 Februari 2023 (Ahad)
- Pelajar menghantar laporan Pra PSM sebanyak 30 mukasurat maksimum (menggunakan format Thesis UTM 2018) kepada Penyelia untuk semakan dan penilaian.
- Penyelia diminta untuk menyemak kandungan Bab 1 hingga Bab 4 (Jangkaan Keputusan) sahaja dan abaikan bahagian lain.
Sebarang kekeliruan diminta merujuk terus kepada penyelaras PSM (Dr. Nadirah Bt Darus – 013-9708427). Kerjasama semua amat dihargai.