Merujuk perkara diatas, sukacita diingatkan khususnya kepada semua pelajar FKE Program SKEE/SEEEH/SKEL & SEELH bahawa :

  1. Pihak SPACE telah menerima kemasukan pelajar dengan keputusan Fizik SPM tidak kredit @ keputusan bawah Gred C dengan syarat pelajar perlu mengambil Fizik Pengukuhan di awal pengajian Program SKEE/SEEH/SKEL & SEELH ini.
  2. Jika ada pelajar yang mempunyai keputusan Gred B dan ke atas bagi subjek Fizik di peringkat Diploma mohon kemukakan bukti kepada pihak FKE untuk makluman kami dan boleh dikecualikan daripada mengambil Fizik Pengukuhan. Salinan transkip Diploma tersebut perlu di emailkan kepada kami Pn. Shima (nazathulshima@utmspace.edu.my) & Pn. Siti (siti.norfazila@utmspace.edu.my).
  3. Untuk makluman pelajar boleh mengikuti kursus SSCP 0102 (Fizik Pengukuhan) yang akan ditawarkan pada Semester 1, Sesi 2022/2023 (Borang Pendaftaran Kursus Fizik Pengukuhan & Jadual Kuliah Fizik Pengukuhan boleh rujuk di Website Pelajar).

JADUAL KULIAH FIZIK PENGUKUHAN- PUSAT KUALA LUMPUR

BORANG PENDAFTARAN KURSUS FIZIK PENGUKUHAN