Perhatian kepada semua pelajar Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi yang akan mendaftar Latihan Ilmiah (SHP3353) atau Projek Sarjana Muda Cadangan (SHAR3042) pusat Johor Bahru dan Kuala Lumpur pada semester akan datang (Semester 1, Sesi 2022/2023), sila pastikan mahasiswa telah memenuhi syarat ini :

1. Telah memenuhi / mengambil sekurang-kurangnya 90 jam kredit (termasuk pengecualian kredit yang telah diluluskan).
2. Telah LULUS kursus Pengenalan Kaedah Penyelidikan (SHAR 3033/ SHP2303).

Sekiranya telah memenuhi kedua-dua syarat tersebut, pelajar dikehendaki untuk mengisi BORANG PENCALONAN PENYELIA

Pelajar dibenarkan untuk mengisi SEKALI SAHAJA borang pencalonan dan tarikh akhir untuk mengisinya adalah pada 12 September 2022. Kegagalan mahasiswa untuk mengikuti prosedur ini akan mengakibatkan pendaftaran kursus tersebut (Latihan Ilmiah/ PSM Cadangan) tidak dipertimbangkan dan DITOLAK oleh Penyelaras.