Dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan SPACE telah bersetuju memberi rebat sebanyak TUJUH PERATUS (7%) kepada pelajar pusat pembelajaran Johor Bahru dan Kuala Lumpur serta TAMBAHAN TIGA PERATUS (3%) kepada pelajar pusat
pembelajaran luar (selain Johor Bahru dan Kuala Lumpur) ke atas kursus-kursus yang didaftarkan pada Semester II, Sesi 2021/2022 (Sarjana Muda).
Pemberian rebat ini diberikan kepada kursus-kursus yang BUKAN BERSTATUS TARIK DIRI KURSUS. Rebat ini akan diselaraskan di akaun kewangan selepas 28 Julai 2022 secara berperingkat dan Pelajar boleh membuat semakan di SMP.


Contoh 1 : En. Ahmad mendaftar 4 kursus berstatus kuliah sahaja (K) di pusat pembelajaran
Kuala Lumpur dengan jumlah kredit yang didaftarkan adalah sebanyak 10 kredit.

  •  SEAA2513 = Jumlah yuran pengajian RM540 = Jumlah rebat RM37.80
  •  SEAA2712 = Jumlah yuran pengajian RM360 = Jumlah rebat RM25.20
  •  SEAA2922 = Jumlah yuran pengajian RM360 = Jumlah rebat RM25.20
  •  SSCE1693 = Jumlah yuran pengajian RM540 = Jumlah rebat RM37.80

Jumlah rebat yang diperolehi oleh En. Ahmad adalah sebanyak RM126

Contoh 2 : En. Saufi  mendaftar 4 kursus berstatus kuliah sahaja (K) di pusat pembelajaran
Kota Kinabalu dengan jumlah kredit yang didaftarkan adalah sebanyak 10 kredit.

  • SEAA2513 = Jumlah yuran pengajian RM780 = Jumlah rebat RM78.00
  • SEAA2712 = Jumlah yuran pengajian RM520 = Jumlah rebat RM52.00
  • SEAA2922 = Jumlah yuran pengajian RM520 = Jumlah rebat RM52.00
  • SSCE1693 = Jumlah yuran pengajian RM780 = Jumlah rebat RM78.00

Jumlah rebat yang diperolehi oleh En. Saufi adalah sebanyak RM260.   

Sekian, Terima Kasih.