Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman pelajar-pelajar SPACE SKE :

  • Mod P&P bersemuka SPACE SKE akan bermula dari minggu ke 10.
  • Oleh itu, untuk SPACE SKE, kita akan menggunakan mod bersemuka untuk PnP dan juga
    Peperiksaan Akhir.
  • Bagi kursus-kursus yang bergabung pusat-pusat SAHAJA, pensyarah boleh berbincang dengan pelajar samada PnP perlu diteruskan online atau bersemuka. Sebarang perubahan mod P&P dari online kpd bersemuka bagi kursus-kursus yang bergabung pusat ini hendaklah memaklumkan kepada kami sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum jadual bersemuka untuk tujuan tempahan ruang. Namun mod bagi peperiksaan akhir adalah secara bersemuka.

PERINGATAN MESRA :

Bagi yang menghadiri mod P&P secara bersemuka, pihak pensyarah dan pelajar hendaklah mengikuti peraturan dan keperluan yang diberikan:

Pensyarah :

  • Pastikan kesihatan dalam keadaan yang baik.
  • Projektor akan dipasang oleh petugas di dalam kuliah.
  • Memastikan ruang kuliah dalam kedaan bersih setelah digunakan.

Pelajar :

  • Pastikan kesihatan dalam keadaan yang baik (sekiranya tidak sihat, anda tidak dibenarkan hadir dan
    memaklum kepada pensyarah).
  • Dilarang melawat atau merayau di sekitar kawasan selain bilik kuliah yang sepatutnya.
  • Memastikan ruang kuliah dalam kedaan bersih setelah digunakan.

Sekian, Untuk Makluman.