Dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan SPACE telah bersetuju memberi rebat sebanyak SEPULUH PERATUS (10%) kepada pelajar pusat pembelajaran Johor Bahru dan Kuala Lumpur serta TAMBAHAN TIGA PERATUS (3%) kepada pelajar pusat pembelajaran luar (selain Johor Bahru dan Kuala Lumpur) ke atas kursus-kursus yang didaftarkan pada Semester III, Sesi 2020/2021 (Sarjana Muda).

Pemberian rebat ini diberikan kepada kursus-kursus yang BUKAN BERSTATUS TARIK DIRI KURSUS. Rebat ini telah diselaraskan di akaun kewangan. Pelajar boleh membuat semakan di SMP.

*Contoh 1* : En. Ahmad mendaftar 3 kursus berstatus kuliah sahaja (K) dan Kuliah Bahasa (KB) di pusat pembelajaran Kuala Lumpur pada semester pendek dengan jumlah kredit yang didaftarkan adalah sebanyak 6 kredit.

UHMS1182 = Jumlah yuran pengajian RM360 = Jumlah rebat RM36.00
UHLB1112 = Jumlah yuran pengajian RM400 = Jumlah rebat RM40.00
UHIS1022 = Jumlah yuran pengajian RM360 = Jumlah rebat RM36.00 

 Jumlah rebat yang diperolehi oleh En. Ahmad adalah sebanyak RM112.

*Contoh 2* : En. Saufi mendaftar 3 kursus berstatus kuliah sahaja (K) dan Kuliah Bahasa (KB) di pusat pembelajaran Kota Bharu pada semester pendek dengan jumlah kredit yang didaftarkan adalah sebanyak 6 kredit.

UHMS1182 = Jumlah yuran pengajian RM460 = Jumlah rebat RM59.80
UHLB1112 = Jumlah yuran pengajian RM500 = Jumlah rebat RM65.00
UHIS1022 = Jumlah yuran pengajian RM460 = Jumlah rebat RM59.80

Jumlah rebat yang diperolehi oleh En. Saufi adalah sebanyak RM184.60.  

Sekian, Terima Kasih.