Makluman kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) yang ingin/bercadang untuk memohon pengecualian kredit kursus Latihan Industri (SEE 4925 / SKEE/SEEE 4926 / SEELH/SKEL 4926/SMBU 4915) pada Semester I, Sesi 2026/2027 diingatkan untuk menghantar permohonan yang lengkap pada tempoh yang telah ditetapkan (5 Oktober 2026 – 6 Disember 2026).

Syarat-syarat kelayakan mestilah mengikut prosedur berikut:

  • Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang kejuruteraan elektrik sekurang-kurangnya TIGA (3) tahun bermula daripada pelajar memperoleh kelulusan diploma.
  • Telah mencapai sekurang-kurangnya 90 kredit (Kredit Dapat + Kredit Kecuali) semasa membuat permohonan.
  • Sila kemukakan permohonan dengan menghantar:
    • Borang Pengecualian Kredit Kursus (PPSM-SPA-PKK-004).
    • Borang Employment History form (FKE-LP8).
    • Surat Pengesahan bekerja daripada Majikan (tarikh keluar surat adalah yang terkini).
    • Mengemukakan laporan kerja kejuruteraan yang dilakukan dalam tempoh 3 tahun yang lalu hingga kini. Laporan tersebut terdiri daripada:
      • Latar belakang Syarikat dan Struktur Organisasi.
      • Penerangan/laporan kerja kejuruteraan utama yang dilakukan dalam 3 tahun lepas.
      • Kesimpulan dan Cadangan.
      • Rujukan.
      • Ditandatangani dan diluluskan oleh pegawai atasan yang merupakan seorang jurutera.
  • Sila hantar permohonan yang lengkap ke email: monariza@utm.my / mona@fke.utm.my, cc: nazathulshima@utmspace.edu.my

Garis panduan dan maklumat berkaitan pengecualian kredit Latihan Industri boleh didapati di https://space.fke.utm.my/practical-training

Sila rujuk Perkara Penting Semester 1 Sesi 2026/2027, Program Sarjana Muda melalui pautan diberikan:
https://studentppsm.utmspace.edu.my/?page_id=1470