Makluman kepada pelajar-pelajar yang mendaftar kursus SEMM/SKMM4912 – Projek Sarjana Muda I & SEMM/SKMM4924 – Projek Sarjana Muda II bagi Semester I Sesi 2026/2027, satu taklimat pelaksanaan kursus ini akan dijalankan oleh penyelaras Projek Sarjana Muda (Dr. Afandi bin Dzakaria) pada ketetapan berikut :

Tarikh : 03 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa : 09:00 malam sehingga selesai
Tempat : Secara atas talian (Webex) https://utm.webex.com/meet/afandidzakaria

Untuk makluman pelajar PSM 1, pemilihan penyelia dan pengisian cadangan tajuk akan diterangkan semasa taklimat berlangsung.Pelajar disarankan untuk bersedia dengan cadangan tajuk, objektif, skop projek dan nama penyelia. 

Kehadiran pelajar adalah WAJIB. 

Sebarang permasalahan atau pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Puan Nurul Hidayah Mashod di talian n_hidayah@utmspace.edu.my