Pemakluman kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang akan menghadiri Seminar Kejuruteraan Awam 2026 (SEMKA 2026) berikut adalah butiran berkenaan program tersebut:
Tarikh : 22 & 23 Ogos 2026 (Sabtu & Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Villea Port Dickson
Bayaran : RM 480.00 (akan dimasukkan ke dalam yuran)
Seperti yang dimaklumkan dalam Taklimat Seminar Kejuruteraan Awam 2026 (SEMKA 2026) terdapat pembentukan kumpulan dan tarikh penting yang perlu pelajar maklum dan patuhi.
1) TARIKH PENTING SEMINAR KEJURUTERAAN AWAM 2026 (SEMKA 2026):
Tarikh akhir pendaftaran lewat dan berdenda kursus SEMKA secara manual : 24 Julai 2026 (Jumaat)
Tarikh akhir tarik diri kursus SEMKA : 24 Julai 2026 (Jumaat)
Tarikh akhir serahkan nama kumpulan : 24 Julai 2026 (Jumaat)
2) PEMBENTUKAN KUMPULAN SEMINAR KEJURUTERAAN AWAM 2026 (SEMKA 2026)
Bagi pelajar semasa Semester 7 dan 8 (Semester II, Sesi 2025/2026) yang akan mendaftar kursus SEMKA pada Semester III Sesi 2025/2026 mohon untuk berhubung dengan ketua kelas/wakil kelas masing-masing. Bagi pelajar kanan yang tidak dapat membentuk kumpulan atau dapat membentuk kumpulan mohon untuk email maklumat diri (nama penuh, no matrik, pusat pembelajaran, no telefon) kepada Pengurus Akademik Program Luar FKA, Ts. Dr.Mohd Zamri bin Ramli (mohdzamri@utm.my)dan Cik Nor Farhani binti Saidina (norfarhani@utmspace.edu.my) selewat-lewatnya pada 24 Julai 2026 (Jumaat). Perlu diingatkan syarat bagi pembentukan kumpulan adalah seramai LIMA (5) orang pelajar sahaja dan sebarang pertukaran ahli kumpulan selepas penyerahan adalah TIDAK DIBENARKAN. Sebarang pertanyaan berkaitan makmal boleh berhubung terus dengan Ts. Dr. Mohd Zamri (Pengurus Akademik Program Luar, FKA) atau Cik Nor Farhani.