Untuk makluman kepada mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) yang mendaftar kursus Pra Projek Sarjana Muda (SEAA 4022/ SKAB 4022/ SKAA 4022) pada semester II, sesi 2025/2026, disertakan nama penyelia Pra Projek Sarjana Muda (Pra PSM) untuk rujukan semua mahasiswa seperti dibawah:

Semua mahasiswa DIWAJIBKAN untuk mengisi dan menghantar logbook bagi setiap pertemuan dengan penyelia. Sebelum penghantaran logbook kepada Penyelaras PSM pada akhir semester,  pastikan logbook yang dihantar lengkap bertandatangan Pelajar dan Penyelia. Semua dokumen berkaitan  Pra Projek Sarjana Muda (Pra PSM)  boleh diakses dari website SPACE-FKA menggunakan pautan (https://www.civil.my/utmspace/fyp/)

* Bagi mahasiswa yang ingin mendaftar/ belum mendaftar kursus Pra Projek Sarjana Muda (Pra PSM) pada semester ini, pendaftaran perlu dilakukan selewat-lewatnya 29 Mac 2026 (Ahad). Selepas daripada tarikh berkenaan tiada pendaftaran dibenarkan kecuali mendapat kebenaran  Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ramli, Pengurus Akademik Program Luar Fakulti Kejuruteraan Awam (PAPL FKA). 

Sekian, harap maklum.