Makluman kepada kepada mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam yang mendaftar kursus Projek Sarjana Muda (SEAA 4034/ SKAB 4034/ SKAA 4034).
Tarikh akhir penghantaran Laporan Teknikal dan Borang Kebenaran Pembentangan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 8 Januari 2026 (Khamis) menggunakan pautan link yang disediakan dibawah.
https://forms.gle/Pf1KjyYzesQ5MRS68 – Link Borang Penghantaran Laporan Teknikal Psm
https://forms.gle/28fumugGZjU2PobF9 – Link Borang Permohonan Kebenaran Membentang Psm
Semua dokumen berkaitan Projek Sarjana Muda (PSM) boleh diakses melalui web SPACE-FKA https://www.civil.my/utmspace/fyp/
Mohon kerjasama semua mahasiswa untuk mematuhi tarikh akhir penghantaran laporan teknikal dan borang kebenaran pembentangan. Sebarang kelewatan selepas tarikh penghantaran tidak akan diterima dan nama pelajar tidak akan dimasukkan dalam jadual pembentangan. Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai.
Pemakluman awal bagi sesi pembentangan Projek Sarjana Muda (PSM) dijangka akan diadakan pada 15 Januari 2026 (Khamis) secara bersemuka di Blok M46, Fakulti Kejuruteraan Awam. Jadual pembentangan Projek Sarjana Muda (PSM) dan surat penglibatan akan dikeluarkan setelah semua mahasiswa yang terlibat menghantar laporan teknikal dan borang kebenaran pembentangan. Kerjasama yang diberikan oleh semua mahasiswa amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.