Makluman kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) yang ingin/bercadang untuk memohon pengecualian kredit kursus Latihan Industri (SEE 4925 / SKEE/SEEE 4926 / SEELH/SKEL 4926/SMBU 4915) pada Semester I, Sesi 2025/2026 diingatkan untuk menghantar permohonan yang lengkap pada tempoh yang telah ditetapkan (29 September 2025 – 30 November 2025).
Rujuk Pautan Perkara Penting :
https://studentppsm.utmspace.edu.my/wp-content/uploads/2025/07/Perkara-Penting-Semester-I-20252026.pdf
Syarat-syarat kelayakan mestilah mengikut prosedur berikut:
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang kejuruteraan elektrik sekurang-kurangnya TIGA (3) tahun bermula daripada pelajar memperoleh kelulusan diploma.
- Telah mencapai sekurang-kurangnya 90 kredit (Kredit Dapat + Kredit Kecuali) semasa membuat permohonan.
- Sila kemukakan permohonan dengan menghantar:
- Latar belakang Syarikat dan Struktur Organisasi.
- Borang Employment History form (FKE-LP8)
- Surat Pengesahan bekerja daripada Majikan (tarikh keluar surat adalah yang terkini)
- Mengemukakan laporan kerja kejuruteraan yang dilakukan dalam tempoh 3 tahun yang lalu hingga kini. Laporan tersebut terdiri daripada:
- Latar belakang Syarikat dan Struktur Organisasi.
- Penerangan/laporan kerja kejuruteraan utama yang dilakukan dalam 3 tahun lepas.
- Kesimpulan dan Cadangan.
- Rujukan.
- Ditandatangani dan diluluskan oleh pegawai atasan yang merupakan seorang jurutera.
- Sila hantar permohonan yang lengkap ke email: monariza@utm.my / mona@fke.utm.my, /cc: nazathulshima@utmspace.edu.my
Garis panduan dan maklumat berkaitan pengecualian kredit Latihan Industri boleh didapati di https://space.fke.utm.my/practical-training
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Nazathulshima di talian; 07-5557003.