Makluman kepada pelajar-pelajar yang ingin memohon pengecualian kredit kursus SEMM/SKMM3915 Latihan Industri pada Semester I Sesi 2025/2026 untuk mengisi maklumat di https://forms.gle/YmbTkqs9PMixWgbE8 .

Syarat-syarat permohonan Pengecualian Latihan Industri :

1. Telah mengambil semua kursus pra-syarat dan mendapat minimum gred D– i) SEMM/SKMM2123 – Mekanik Pepejal II
ii) SEMM/SKMM2223 – Mekanik Mesin & Getaran
iii) SEMM/SKMM2323 – Mekanik Bendalir II
iv) SEMM/SKMM/2423 – Termodinamik Gunaan
2. Mempunyai pengalaman pekerjaan yang berkaitan dengan bidang pengajian sekurang-kurangnya SATU (1) tahun
3. Telah mendapat sekurang-kurangnya sebanyak 80 kredit kira (Kredit dapat + Kredit Kecuali)
Garis panduan dan maklumat berkaitan pengecualian kredit Latihan Industri boleh didapati di https://drive.google.com/drive/u/0/folders/1mMLupxs6q4IFgvhcRVNCqD_0K_NuQDc2 . Satu taklimat berkaitan kursus Latihan Industri akan diadakan kelak. 

Pelajar-pelajar tidak perlu mendaftar kursus Latihan Industri pada Semester 1 Sesi 2025/2026 di SMP bagi proses pengecualian Latihan Industri.

Sebarang permasalahan atau pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Puan Hidayah di talian emel n_hidayah@utmspace.edu.my