Perhatian kepada semua pelajar-pelajar Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi yang akan mendaftar atau Projek Sarjana Muda Cadangan (SHAR3042/SHMR3042/SHAY3092/SHMY3092) pusat Johor Bahru dan Kuala Lumpur pada semester akan datang (Semester I, Sesi 2025/2026), sila pastikan mahasiswa telah memenuhi syarat ini :

1. Telah memenuhi / mengambil sekurang-kurangnya 90 jam kredit (termasuk pengecualian kredit yang telah diluluskan).
2. Telah LULUS kursus Pengenalan Kaedah Penyelidikan (SHAR3033/SHMR3033). Terpakai untuk Program SHAR/SHMR sahaja.

Sekiranya telah memenuhi kedua-dua syarat tersebut, pelajar-pelajar dikehendaki untuk mengisi BORANG PENCALONAN PENYELIA. Pelajar-pelajar dibenarkan untuk mengisi SEKALI SAHAJA borang pencalonan dan tarikh akhir untuk mengisinya adalah pada 31 Ogos 2025. Kegagalan pelajar-pelajar untuk mengikuti prosedur ini akan mengakibatkan pendaftaran kursus tersebut (PSM Cadangan) tidak dipertimbangkan dan DITOLAK oleh Penyelaras.