Untuk makluman kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mendaftar kursus Khemah Ukur pada semester III, sesi 2024/2025 berikut adalah tarikh yang akan dilaksanakan:
Khemah Ukur (SEAA 1031/ SKAB 1031)
4 Ogos 2025 hingga 11 Ogos 2025 (Isnin – Isnin)
Perhatian kepada semua pelajar, khemah ukur akan diadakan di Teluk Gorek, Mersing dan taklimat berkaitan perjalanan program tersebut akan diadakan dalam masa terdekat ini. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts. Dr. Mohd Zamri Bin Ramli (PAPL FKA) dan Cik Nor Farhani Binti Saidina.