PEMAKLUMAN
Tahniah ! Adalah dimaklumkan bahawa Senat Universiti pada mesyuaratnya bertarikh 30 April 2025 telah mengesahkan permohonan penganugerahan Semester III, Sesi 2023/2024 dan Semester I, Sesi 2024/2025 bagi Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM. Justeru itu bagi pelajar yang telah bersatus GRADUAN (Semak di SMP) surat Senat/Tamat Kursus akan di emelkan terus kepada pelajar. Surat Senat akan mula di email secara berperingkat selewatnya bermula 26 Mei 2025 bagi graduan yang tiada TUNGGAKAN. Bagi graduan tiada tunggakan yang tidak menerima emel selepas tarikh 26 Mei 2025 boleh maklumkan kepada SPACE secara emel terus ke spa@utmspace.edu.my berserta maklumat diri pelajar
Adalah dimaklumkan juga Sijil dan Transkrip graduan hanya akan diserahkan semasa Majlis Konvokesyen (MK69) dijangka pada November 2025 (tertakluk pada perubahan). Maklumat mengenai Konvokesyen boleh layari laman sesawang berikut https://convocation.utm.my/
Bagi permohonan sambung belajar atau urusan permohonan kerja dan kenaikan pangkat graduan boleh menggunakan surat Senat/tamat kursus tersebut berserta senarai keputusan setiap semester pengajian.
Sekian Terima Kasih.