Survey ini dibuat khas bagi mendapatkan gambaran jumlah pelajar yang ingin mengambil kursus-kursus pengecualian kredit pada semester pendek ini. Syarat wajib maksimum adalah 6 jam kredit sahaja untuk semester 3 @ semester pendek. Hanya pelajar yang LAYAK MEMOHON sahaja perlu mengisi survey ini.

Berikut adalah senarai kohort pelajar yang TIDAK LAYAK untuk mengisi survey ini:
1. Pelajar semester 1 & 2 – Perlu mengambil 2 kursus umum (4 kredit) & 1 kursus Bahasa (2 kredit)
2. Pelajar semester 3 & 4 – Perlu mengambil 1 kursus umum (2 kredit), 1 kursus Bahasa (2 kredit) & Makmal (2 kredit)
3. Pelajar semester 5 & 6 – Perlu mengambil 1 kursus umum (2 kredit), 1 kursus Bahasa (2 kredit) & Makmal (2 kredit)

Berikut adalah senarai kohort pelajar yang LAYAK untuk mengisi survey ini:
1. Pelajar semester 7 & 8 – Perlu mengambil 1 kursus umum (2 kredit), 1 kursus Bahasa (2 kredit) & 1 SEMKA (1 kredit) – Layak memohon kursus Khemah Ukur (1 kredit) sahaja
2. Pelajar semester 9 & 10 – Layak memohon maksimum 6 kredit kursus yang tidak dapat pengecualian.

Nota: Untuk pengetahuan, terdapat syarat baru yang dikeluarkan oleh MQA berkenaan Latihan Industri dimana pelajar berkemungkinan besar perlu mendaftar dan menjalani Latihan Industri  di dalam semester lazim ataupun semester pendek. Maklumat terperinci akan dimaklumkan kemudian selepas penyelarasan dengan semua fakulti dibuat.

Tarikah akhir pengisian survey ini selewat-lewatnya pada 9 Mei 2025 (Jumaat). Sila tekan link ini untuk memulakan survey : https://forms.gle/KC84zMSWvZoYSEUDA