Perhatian kepada semua pelajar Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi yang akan mendaftar Projek Sarjana Muda Cadangan (SHAR3042 atau SHAY3092) pusat Johor Bahru dan Kuala Lumpur pada semester akan datang (Semester I, Sesi 2024/2025), sila pastikan pelajar-pelajar telah memenuhi syarat ini :

1. Telah memenuhi / mengambil sekurang-kurangnya 90 jam kredit (termasuk pengecualian kredit yang telah diluluskan).
2. Telah LULUS kursus Pengenalan Kaedah Penyelidikan (SHAR3033) – TERPAKAI UNTUK PELAJAR SHAR/SHMR SAHAJA

Sekiranya telah memenuhi kedua-dua syarat tersebut, pelajar-pelajar dikehendaki untuk mengisi BORANG PENCALONAN PENYELIA. Pelajar-pelaajar dibenarkan untuk mengisi SEKALI SAHAJA borang pencalonan dan tarikh akhir untuk mengisinya adalah pada 1 September 2024. Kegagalan pelajar-pelajar untuk mengikuti prosedur ini akan mengakibatkan pendaftaran kursus tersebut (PSM Cadangan) tidak dipertimbangkan dan DITOLAK oleh Penyelaras.