Makluman kepada pelajar-pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang berada dalam semester 7, sesi 2024/2025 iaitu pusat pembelajaran Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching atau mana-mana pelajar senior yang hendak membuat Pengecualian Latihan Industri, pelajar diminta untuk menghantar salinan hardcopy Laporan Pengecualian Latihan Industri
(di alamat yang disertakan) sebelum atau selewat-lewatnya 30 Ogos 2024 (Jumaat). Perlu diingatkan tarikh pengeposan laporan tidak dikira sebagai bukti pelajar-pelajar telah mematuhi tarikh akhir penghantaran laporan. Sila rancang dengan baik berkenaan masa dan tarikh untuk pengeposan.

Turut disertakan slide dan recording Taklimat Pengecualian Latihan serta Panduan Laporan Pengecualian Latihan Industri untuk rujukan pelajar-pelajar.

Alamat Pejabat SPACE FKA:

Blok M46, Jabatan Program Luar,
Fakulti Kejuruteraan Awam,
Universiti Teknologi Awam,
81310, Skudai, Johor Bahru.
(u/p: Cik Nor Farhani Binti Saidina)

KRITERIA PENILAIAN LAPORAN PENGECUALIAN LATIHAN INDUSTRI
SLIDE TAKLIMAT PENGECUALIAN LAITHAN INDUSTRI
VIDEO TAKLIMAT PENGECUALIAN LATIHAN INDUSTRI
TEMPLATE LAPORAN PENGECUALIAN LATIHAN INDUSTRI