Pemakluman 

Tahniah ! Adalah dimaklumkan bahawa Senat Universiti  pada mesyuaratnya bertarikh 30 April 2024 telah mengesahkan  permohonan penganugerahan bagi semester III 2022/2023 dan Semester I, Sesi 2023/2024 bagi Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM. Justeru itu bagi pelajar yang telah bersatus GRADUAN (Semak di SMP) surat Senat/Tamat Kursus akan di emelkan terus kepada pelajar. Surat Senat akan mula di email secara berperingkat bermula 15 Mei 2024 bagi graduan yang tiada TUNGGAKAN.  Bagi graduan tiada tunggakan yang tidak menerima emel selepas tarikh 20 Mei 2024 boleh maklumkan kepada SPACE secara emel terus ke spa@utmspace.edu.my berserta maklumat diri pelajar 

Adalah dimaklumkan juga Sijil dan Transkrip graduan hanya akan diserahkan semasa Majlis Konvokesyen (MK68) akan datang dijangka pada bulan November 2024 (tertakluk pada perubahan).  Maklumat mengenai Konvokesyen akan dimaklumkan kemudian oleh pihak Universiti, melalui laman sesawang berikut https://convocation.utm.my/

Bagi permohonan sambung belajar atau urusan permohonan kerja dan kenaikan pangkat graduan boleh menggunakan surat Senat/tamat kursus tersebut berserta senarai keputusan setiap semester pengajian.Sekian Terima Kasih.