Makluman kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) yang ingin/bercadang untuk memohon pengecualian kredit kursus Latihan Industri (SEE 4925 / SKEE/SEEE 4926 / SEELH/SKEL 4926) pada Semester II Sesi 2023/2024 diingatkan untuk menghantar permohonan yang lengkap pada tempoh yang telah ditetapkan (11 Mac 2024 – 5 Mei 2024)

Rujuk Perkara Penting : https://studentppsm.utmspace.edu.my/wp-content/uploads/2023/12/Perkara-Penting-Semester-II-20232024.pdf

Syarat-syarat kelayakan mestilah mengikut prosedur berikut:

1.      Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang kejuruteraan elektrik sekurang-kurangnya TIGA (3) tahun bermula daripada pelajar memperoleh kelulusan diploma.
2.      Telah mencapai sekurang-kurangnya 90 kredit (Kredit Dapat + Kredit Kecuali) semasa membuat permohonan.
3.      Sila kemukakan permohonan dengan menghantar:

  • Borang Pengecualian Kredit Kursus (PPSM-SPA-PKK-004).
  • Borang Employment History form (FKE-LP8)
  • Surat Pengesahan bekerja daripada Majikan (tarikh keluar surat adalah yang terkini)
  • Mengemukakan laporan kerja kejuruteraan yang dilakukan dalam tempoh 3 tahun yang lalu hingga kini. Laporan tersebut terdiri daripada:
  1. Latar belakang Syarikat dan Struktur Organisasi
  2. Penerangan/laporan kerja kejuruteraan utama yang dilakukan dalam 3 tahun lepas
  3. Kesimpulan dan Cadangan
  4. Rujukan
  5. Ditandatangani dan diluluskan oleh pegawai atasan yang merupakan seorang jurutera

4. Sila hantar permohonan yang lengkap ke email: zuraimy@utm.myzuraimy@fke.utm.my ,cc: nazathulshima@utmspace.edu.my

Garis panduan dan maklumat berkaitan pengecualian kredit Latihan Industri boleh didapati di https://space.fke.utm.my/practical-training

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Shima di talian:  07-5557003.

**Pelajar tidak perlu mendaftar kursus Latihan Industri pada Semester 2 Sesi 2023/2024 di SMP