Perhatian kepada semua pelajar-pelaajr Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS) yang akan mendaftar Projek Sarjana Muda Cadangan (SHAR3042 atau SHAY3092) pusat Johor Bahru dan Kuala Lumpur pada semester akan datang (Semester II, Sesi 2023/2024), sila pastikan mahasiswa telah memenuhi syarat ini :
1. Telah memenuhi / mengambil sekurang-kurangnya 90 jam kredit (termasuk pengecualian kredit yang telah diluluskan).
2. Telah LULUS kursus Pengenalan Kaedah Penyelidikan (SHAR3033).
Sekiranya telah memenuhi kedua-dua syarat tersebut, pelajar-pelajar dikehendaki untuk mengisi BORANG PENCALONAN PENYELIA. Saudara dibenarkan untuk mengisi SEKALI SAHAJA borang pencalonan dan tarikh akhir untuk mengisinya adalah pada 12 Februari 2024. Kegagalan pelajar untuk mengikuti prosedur ini akan mengakibatkan pendaftaran kursus tersebut (PSM Cadangan) tidak dipertimbangkan dan DITOLAK oleh Penyelaras.