Makluman kepada pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang berada dalam Semester 1 Sesi 2023/2024 iaitu pusat pembelajaran Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu dan Alor Setar atau mana-mana pelajar senior yang hendak membuat Pengecualian Latihan Industri,  terdapat PERUBAHAN tarikh penghantaran Laporan Pengecualian Latihan Industri secara salinan softcopy (link yang disertakan) dan hardcopy(di alamat yang disertakan) iaitu sebelum atau selewat-lewatnya 20 Februari 2024 (Selasa).

Perlu diingatkan tarikh pengeposan laporan tidak dikira sebagai bukti mahasiswa telah mematuhi tarikh akhir penghantaran laporan. Sila rancang dengan baik berkenaan masa dan tarikh untuk pengeposan.

Tarikh Temuduga Pengecualian Latihan Industri dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2024.Turut disertakan slide dan recording Taklimat Pengecualian Latihan serta Panduan Laporan Pengecualian Latihan Industri untuk rujukan pelajar.

Alamat Pejabat SPACE FKA:
Blok M46, Jabatan Program Luar,
Fakulti Kejuruteraan Awam,
Universiti Teknologi Awam,
81310, Skudai, Johor Bahru
(u/p: Cik Nor Farhani Binti Saidina)

Pautan Google Form untuk penghantaran melalui bentuk ‘softcopy’:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSelrWFvTQ_TjAyaG2sF0kabH3R0s0uio-CR3u3CBCcroBoZgQ/viewform?usp=pp_url

SLIDE TAKLIMAT PENGECUALIAN KREDIT

TAKLIMAT PENGECUALIAN KREDIT LATIHAN INDUSTRI (GOOGLE DRIVE)